Panggilan Hangit Terkena Dekat Lelaki Ini Dan Dia Hubungi FBI Faisal Ismail Tapi Lain Pula Cerita Sebenarnya

PENGACARA Faizal Ismail menasihati peminatnya supaya berhati-hati dengan satu taktik penipuan mencuri data peribadi menggunakan namanya sebagai penyampai radio.

Menurut Faizal, dia bukan lagi penyampai di mana-mana stesen radio dan tidak terlibat dalam sebarang program yang diterbitkan oleh stesen berkenaan.

“Saya ingin memaklumkan yang saya tidak lagi bertugas dengan mana-mana stesen radio sejak 2013 dan sejak itu tidak terlibat dengan apa jenis program seperti prank call yang dimaklumkan oleh pengadu.

“Ini adalah sebahagian taktik untuk mencuri data peribadi. Sekiranya ada yang menerima panggilan seperti di atas adalah dinasihatkan supaya tidak dilayan langsung.

“Terima kasih dan sentiasa berwaspada,” tulis Faizal di laman Instagramnya pada Ahad.

Perkongsian Faizal di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, bekas penyampai radio Hot FM ini memuat naik paparan skrin seorang pengikut yang meminta penjelasannya berhubung satu panggilan prank (usikan) yang diterima baru-baru ini.

Individu berkenaan memberitahu telah menerima panggilan daripada seseorang yang memperkenalkan diri sebagai sahabat Faizal dari sebuah stesen radio.

“Saya nak tanya, tadi saya dapat panggilan¬†call prank¬†dari Hot FM yang menyatakan dia rakan kepada FBI (Faizal) dan bekerja di sana dan dia membuat¬†prank call¬†kepada saya.

“Jadi, saya agak kurang percaya sebab dalam¬†prank call¬†itu saya ada bagi maklumat nama, nombor kad pengenalan serta alamat rumah.

“Jadi adakah betul¬†prank call¬†itu dari pihak Hot FM? Saya tak tahu nama yang bercakap dengan saya itu sebab saya rasa terkejut,” tanya pengikut itu.

Untuk rekod, Faizal Ismail merupakan penyampai radio di Hot FM bermula tahun 2006 sehingga 2013.

Segmen kendaliannya bersama Fara Fauzana iaitu Panggilan Hangit telah mencetuskan fenomena dan diingati oleh pendengar sehingga kini.

Sumber Artikel : MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*