Pasangan Pengantin Ini Tidak Sangka Tetamu Yang Dijemput Naik Ke Pentas Rupa Rupanya Penyanyi Kumpulan Rock Yang Memang Legend

Kebiasaanya jika di kenduri kahwin mesti ada karaoke, memang dari zaman dahulu tahun 90an mesti ada acara nyanyian. Kalau tiada karaoke mesti ada Live Band yang akan persembahkan lagu.

Sila scroll ke bawah untuk melihat video Bon Jovi menyanyi di kenduri kahwin

Kenalkah anda dengan Jon Bon Jovi dan dimanakah dia sekarang?

Bon Jovi bersiap reuni dengan personel lamanya untuk penampilan di Rock and Roll Hall of Fame © KapanLagi.com/Bambang E. Ros

Bon Jovi ialah sebuah kumpulan muzik rock dari New Jersey, AS. Bon Jovi menjadi popular lewat lagu-lagunya yang menjadi hits, seperti Runaway, It’s My Life, Everyday, Have a Nice Day, dan sebagainya. Pada 2007, Bon Jovi melancarkan album terbarunya bertajuk Lost Highway.

Bon Jovi sudah meraih Anugerah Grammy kategori Best Country Collaboration untuk lagu Who Says You Can’t Go Home.Sebelum ini Bon Jovi dicalonkan Anugerah Grammy tahun 2000 untuk lagu It’s My Life.

Tetapi lama sudah kita tidak dengar berita tentang kumpulan Bon Jovi ini seperti lenyap terus di muka bumi. Sangkaan anda salah, baru baru ini kumpulan Bon Jovi telah buat pengumuman untuk comeback (dah tua kot dorang ni hahaa!).

Menurut rakan rapat Jon Bon Jovi, walaupun sudah meningkat usia dia didalam keadaan terbaik sekarang ini. Dan ini membuat beliau lebih semangat untuk kembali ke arena musik.

Dikatakan mereka akan kembali dan sekarang mereka giat membuat persembahan di private function atau di konsert konsert seluruh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Bon Jovi Pergi Kenduri Kahwin ..

Video yang pernah menjadi di tular ini menunjukkan Bon Jovi sudah pun di mamah usia tetapi masih steady. Beliau pergi ke sebuah majlis perkahwinan dan ketika itu penyanyi di kenduri tersebut sedang menyanyikan lagu Bon Jovi sendiri ‘Living on a Prayer’.

Memang nampak sangat memang mereka saja ‘provoke’ Bon Jovi untuk naik ke pentas dan menyanyi dan usaha mereka berjaya.

Mari layan video di bawah.

Notakaki: Admin peminat diehardfan Bon Jovi .. hahaha!

Artikel Dari : KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*