Pasrah Dengan Ujian Tuhan, Ini Luahan Mak Jah Selepas Tahu Dia Hidap Penyakit Ini

“ Apabila Mak Jah tahu menghidap k4nser, pandangan terus gelap. Dalam fikiran sewaktu itu, jika k4nser akan m4t1 cepat. Di mana saya boleh dapatkan ubat doktor?

“ Saya masih mahu melihat anak dan cucu saya. Saya belum banyak bekalan untuk dibawa ke sana nanti. Namun doktor menasihatkan agar terus bersabar kerana saya masih di peringkat pertama.

“ Adakah kerana dos4-dos4 saya mendapat penyakit ini? Rasanya saya tidak pernah membuat dos4 yang dil4knat tuhan. Sepanjang hidup saya, saya menjaga anak-anak, mencari rezeki siang dan malam, namun mengapa saya diuji begini? “ jelasnya.

“ Saya jangkakan kos perubatan dalam RM20,000 hingga RM30,000 namun rupanya lebih daripada itu. Saya berhabis lebih RM60,000 termasuk barang kemas yang masih belum ditebus sekitar RM17,000.

“ Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak kerana mereka juga punya tanggungjawab terhadap keluarga. Saya tidak pernah meminta kepada anak-anak apatah lagi orang luar. Namun apabila jadi begini, apakan daya.

“ Namun saya sedih dengan kata-kata yang dilemparkan mendakwa saya meminta sedekah. Saya tidak meminta sedekah dan tidak meraih simpati,” jelasnya tidak mampu menahan tangisan.

Menerusi laman Youtube Datuk Seri Aliff Syukri, penyanyi dan usahawan ini berkongsi cerita di sebalik duka pelakon senior, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah.

Pelakon berusia 72 tahun ini meluahkan kesedihan apabila pertama kali disahkan mengidap k4nser Rahim. Pada mulanya dia mempersoalkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga mendapat ujian maha berat dari Yang Esa, namun dia pasrah.

Malah, sehingga kini dia telah membelanjakan lebih RM60,000 bagi rawatan mengubat penyakit yang dialami. Sehingga kini, pajakan barang kemas masih berbaki RM17,000 dan belum ditebus.

Wanita ini turut menjaga seorang cucunya, Erin, kanak-kanak istimewa. Kata Mak Jah, cucunya terkena sawan sewaktu berusia enam tahun dan sejak daripada itu, percakapan dan pemikirannya terbatas.

“ Sewaktu berusia enam tahun cucu saya terkena sawan, sejak daripada itu dia sering bercakap dan ketawa seorang diri. Kadang kala bila kami berdua di rumah, saya selalu berborak dengannya. Jika wan tiada, macam mana dengan adik. Namun katanya, jika saya m4t1, dia pun akan m4t1 bersama,” katanya lagi.

Selain itu, pelakon senior ini berkongsi aktiviti yang dilakukan setiap hari bagi melengkapkan hidup di penghujung usia sebagai umat Islam. Jelasnya, setiap kali berkunjung ke pusat membeli belah atau pusat Rehat Dan Rawat (RnR), dia akan membawa balik telekung di surau, mencuci dan memulangkannya kembali.

“ Selalunya saya akan mengambil telekung yang kotor di pusat membeli belah atau RnR dan tinggalkan telekung yang bersih. Inilah amal jariah yang boleh dilakukan pada usia begini,” jelasnya yang menetap di PPR Laksamana Jalan Peel Kuala Lumpur sejak 2006.

Pelakon ini bagaimanapun disahkan bebas daripada k4nser sejak April tahun lalu selepas tiga tahun menanggung derita.

Rata-rata netizen mendoakan kesembuhan buat Mak Jah dan memberi kata kata positif untuknya dalam menjalani kehidupan

Semoga sabar dan tabah hati

Allah sayang kita Mak Jah

Semoga diberi kesembuhan

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*