Penyanyi Utama Nirvana, Kurt Cobain Tiba Tiba Berhenti Menyanyi Dan Terus Maki Penonton Di Depan Pentas. Rupa Rupanya Penonton Itu Sedang Buat Sesuatu Yang Keji

Penyanyi utama kumpulan Nirvana  Kurt Cobain adalah seorang lelaki yang mempunyai prinsip yang kuat. Dia seorang lelaki yang tahu apa yang dia percayai, tahu apa yang dianggapnya perkara yang betul dan dia tidak pernah takut untuk membiarkan dirinya diketahui.

Cobain, di atas pentas dengan ahli kumpulan Nirvana sedang buat persembahan di Oakland pada Malam Tahun Baru 1993. Tiba tiba dia berhenti menyanyi dan terus ke arah penonton kerana dia nampak ada seorang lelaki sedang menggangu seorang wanita di khalayak ramai.

SEORANG WANITA SEDANG DIGANGGU SECARA SEXUAL

Cobain, dengan jelas terganggu dengan apa yang dilihatnya di khalayak, menghentikan nyanyian akustiknya ‘Jesus Wants Me For A Sunbeam’ dan melemparkan gitarnya ke atas pentas sebelum bergegas ke khalayak ramai. Setelah memaklumkan keselamatan dan menunjuk ke pintu, Cobain kembali ke mikrofon dan berkata “copping a feel, eh buddy?”.

Salah seorang ahli kumpulan Nirvana seoarang pemain bass, Krist Novoselic menyedari apa yang telah berlaku, menambah “How’s it feel, huh?”.

Lelaki yang menganggu wanita secara sexual itu telah diejek orang ramai yang berada di kawasan pentas tersebut. Lelaki itu berlalu dengan keadaan yang sangat malu.

Apa yang Kurt Cobain lakukan telah dipuji orang ramai ketika itu. Bagaimana dia boleh berhenti menyanyi dan selamatkan wanita itu memang terbaik.

Sayang ketika itu tiada lagi media sosial seperti Youtube atau Facebook, jika tidak mesti perkara ini akan tular dalam sekelip mata. Perkara ini tidak diketahui ramai sebenarnya, hanya peminat setia Nirvana pada waktu itu sahaja yang mengingati perkara epik itu.

Video Penuh Berada Di Bawah.

Artikel By: KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*