Perubahan Harga Minyak Akan Terjadi Malam Ini. Adakah Stesyen Minyak Akan Penuh Dengan Kenderaan Atau Tidak

HARGA runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing dinaikkan antara enam hingga 12 sen seliter mulai tengah malam ini untuk tempoh 19 hingga 25 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga bahan api bagi RON97 dinaikkan sebanyak 6 sen pada RM2.28 seliter, RON95 (RM1.98 seliter) dan diesel pula dinaikkan sebanyak 12 sen kepada RM2.17 seliter.

Menurutnya, harga baru itu ditetapkan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 (RM247) setong kepada AS$63 (RM259) setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$68 setong kepada AS$72 (RM296) setong bagi diesel,” katanya.

Sumber Artikel: HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*