Seorang Datin Sengaja Komen S1ndir ‘Pipit Sama Pipit, Baru Padan’, Dan Ini Jawapan Balas Fasha Sandha

”Lama dah tak photoshoot, kekok pula. Haih. Thank you Majalah Keluarga dan Team Karangkraf. Tak jemu panggil dan tunggu sejak tahun lepas. Akhirnya, terbuka hati sikit nak ber photoshoot. Jom baca kisah keluarga kami dalam Majalah Keluarga edisi Mac”

Demikian status yang dimuatnaik oleh pelakon popular Fasha Sandha sambil berkongsi gambar beliau yang sedang sarat mengndung mesra dalam pangkuan suami tercinta, Aidil Aziz.

Tidak dinafikan perkongsian aktiviti pelakon Fasha Sandha bersama suami, Aidil Aziz dan anak-anak di Instagram sentiasa menjadi perhatian netizen.

Meskipun ramai netizen yang suka melihat kebahagian mereka namun ada juga individu yang meninggalkan komen negat1f menyindiir pasangan itu.

Siapa sangka seorang individu yang menggunakan akaun bernama Datin Aliah Mohd Nor itu mengatakan pasangan itu secocok dan disamakan dengan pipit yang bermaksud orang yang tidak mempunyai pangkat atau darjat.

”Pasangan pipit sama pipit baru padan”

Membaca komen tersebut yang dianggap seakan mahu menyindiir, Fasha dan Aidil lantas membalas komen individu tersebut.

Bagaimanapun Fasha, 36, membalas dengan cara baik dan meminta individu tersebut tidak membandingkan taraf seseorang itu.

”Tak perlu nak cakap pipit ke enggang ke datin. Kita manusia sama sahaja… sebab nanti datin masuk kub0r pun tak bawa title datin tu.

”Hanya amalan datin saja yang datin bawa. Terima kasih atas komen yang bijak di pagi hari yang indah. Semoga datin sihat selalu dan dilindungiNya. Semoga datuk selalu sayangkan datin dan tak hadiahkan madu untuk datin,” kata Fasha.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan komen individu tersebut yang dianggap biadaab.

Dalam pada itu, suami Fasha yang juga pelakon Aidil Aziz turut membalas komen dengan menyindiir individu tersebut.

”Alang-alang nak fake, letak sekali Hajah, Doktor, Datin Aliah,” tulis Aidil.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mempertahankan pelakon jelita itu dan mengecam individu terbabit kerana sengaja mengeluarkan komen berbentuk provokasi.

”Tak perlu nak acah pipit acah enggang lah. Entah-entah kau pun datang dari kampung mana tapi acah-acah nak pakai nama Datin. Buat malu saja”, komen Nadia

”Jarang jumpa orang pangkat Datin sibuk nak membawang, layan socmed ni. Selalunya datin-sibuk shopping kat london. Mungkin kau ni datin sengkek agaknya haha”, komen Syamsul.

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac tahun lalu dan aktres itu dipercayai kini sedang hamiI anak pertama mereka.

Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*