PU Amin Jumpa Seseorang Yang Amat Istimewa Ketika Di Mekah Dan Anda Pasti Tidak Sangka Siapa

Pencetus Ummah Amin atau lebih selesa dikenali sebagai PU Amin. Seorang yang amat lantang bersuara dan baru baru ini nama beliau semakin naik dalam menegakkan nama Islam.

‘Rasa Macam Dah Ada Disana’ – Pengalaman Tunai Umrah PU Amin Buat Netizen Sebak

Sedang menunaikan umrah di tanah suci Mekah, pendakwah bebas PU Amin menerusi laman Instagram telah berkongsi pengalaman sepanjang berada di sana.

Menerangkan secara terperinci mengenai kawasan dan cara solat yang betul, netizen mengucapkan syukur dan berterima kasih. Mereka merasakan seolah-olah seperti berada di sana.

Tunjuk secara terperinci

Bahagianya tgk story ig pu amin, cara die cerita tentang tanah suci buat hati lagi tak sabar2 nak kesana..

Pu amin siap tunjuk detail kawasan mane nak solat, macam mane cara kalau nak solat dekat dgn imam, port mane yg patut rebut peluang utk solat dan berdoa..

Allahu rase mcm dah ade kat sana je.. kaabah melambai2 dekat sgt2 dah.. 3 tahun dah nak pergi tp sentiasa ada halangan yg tak dpt nak elak.. doakan semoga kami dpt jejakkan kaki kesana tahun ni insyaAllah..

Siapa Yang PU Amin Jumpa Ketika Di Mekah?

Baru baru ini PU Amin ada memuat naik satu gambar yang dia terjumpa seseorang dan orang itu adalah isteri kepada Dato Aliff Syukri, Datin Shahida. Datin Shahida sedang menunaikan umrah. Ini kata kata PU Amin.

Allah Swt Maha Perancang segala kebaikan..

Akhirnya , di Tanah Suci ini kami bertemu , bumi Makkah Al Mukaramah . Tempat bersatu hati hati manusia yang tunduk kepada kekuasaan Allah Swt . Peluang ini kami gunakan untuk bermuhasabah , berbicara dan saling bercerita tentang kehidupan masing masing..

Setiap manusia diberi ujian dalam pelbagai cara . Yakinlah ada hikmah dan kebaikan yang akan diberikan dalam hidup kita . Kami percaya pertelingkahan sebelum ini ada rahsia yang tersembunyi dari Allah Swt..

Semoga Allah memberkati pertemuan kami ini . Banyak yang tak tahu menjadi tahu , agar kami sama sama membantu kearah kebaikan dan kecintaan.

Semoga Allah memberi kebaikan pada seluruh keluarga , sahabat , kerjaya , empayar perniagaan dan agama @DatoAlifSyukri dan Datin @shahidadherbs . Semoga Allah melindungi kalian dari menjadi bahan ejekan dan hinaan..

Saya juga tidak sempurna , namun saya sedia menjadi pembimbing dan penasihat kalian agar sama sama kita terus mendapat REDHA Allah Swt..

Hanya pada Allah menjadi panduan dan segala keutamaan..

Terima kasih Ya Allah , atas pertemuan ini.

Artikel By: KL Viral

Sumber: Instagram PU Amin / Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*