Punca Hetty Sarlene Dan Forteen Tersingkir Dari Gegar Vaganza 5 Diceritakan. Rupa-rupanya

Konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) menyaksikan Hetty Sarlene dan Forteen gagal mara ke peringkat akhir pertandingan.

Bertemu dengan juri tetap GV5, Datuk Ramli MS usai konsert, Hetty dan Forteen melakukan beberapa kesalahan yang membuatkan mereka tersingkir dari GV5.

“Berbanding Izzue, Ameer dan Ariz, hanya One sahaja yang memberikan persembahan terbaik dalam setiap nyanyian.

“Boleh nampak yang One kedengaran penat menyanyi keseluruhan lagu biarpun mereka datang sebagai kumpulan.

“Macam pernah saya katakan, mereka ibarat meniaga. One penat bekerja untuk ahli kumpulan lain meniaga. Kurang peningkatan untuk ahli kumpulan lain dan mereka juga banyak melakukan kesilapan,” kata Ramli.

Bercakap mengenai Hetty, vokal lantang penyanyi itu tidak menjadi jaminan untuknya layak ke peringkat akhir.

“Hetty banyak melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi dari segi melodi. Ia kedengaran tidak stabil.

“Nyanyian lantangnya tidak menjadi mata untuk Hetty. Memang benar vokalnya lantang tetapi Hetty gagal membuat pengawalan melodi sehingga menyebabkan dirinya tersingkir.

“Secara keseluruhan, markah adalah hasil campuran daripada tiga orang juri. Hetty dan Forteen gagal menempatkan diri mereka ke peringkat akhir,” katanya lagi.

Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Berikut adalah senarai lagu duet untuk peringkat final GV5 minggu hadapan;

1. Laskar Cinta (Dewa 19) duet bersama Awi Rafael – Noryn Aziz

2. The Power of Love (Celine Dion) duet bersama Bob – Amelina

3. Makin Aku Cinta (Anang & Krisdayanti) duet bersama Ajai – Dia Fadilla

4. Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor) duet bersama Ernie Zakri – Maya

5. Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & Datuk M. Nasir) duet bersama Ameng – Zamani

6. Curiga (Ning Baizura) duet bersama Idayu – Billy Zulkarnain

Peringkat akhir GV5 bakal berlangsung 19 November bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.

VIDEO :

Sumber : Astro gempak via GengJoyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*