
Siapa tak kenal Ameera Khan, adik kepada selebriti popular Neelofa ini. Terbaharu Video Pickup Line Kelate beliau menjadi bualan para netizen baru-baru ini. Muncul sebagai tetamu jemputan dalam program TV ‘It’s Alif, ramai yang terkejut kerana Ameera Khan boleh bertutur dalam loghat Kelantan dengan baik.
Scroll Ke Bawah Untuk Video Penuh
Siapa sangka Ameera Khan yang dibesarkan dalam keluarga berada dan bersekolah di private school mampu ‘kecek’ kelate. Cayalah!
SIAPA AMEERA KHAN?
Siapakah Ameera Khan? Beliau adalah adik kepada selebriti popular Neelofa. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini Ameera Khan makin dikenali peminat walaupun usianya baru mencecah 18 tahun. Komen dan kritikan panas yang dilontarkan oleh Ameera Khan di media sosial menjadi topik hangat dan pertelagahan netizen hingga menaikkan nama beliau. Ini dibuktikan dengan jumlah followers beliau di IG yang telah hampir mencecah 1 juta! Wow hebat.
Selain itu Ameera Khan dikenali sebagai seorang Vlogger YouTube dengan saluran Little Miss Khan. Beliau telah mendapat populariti yang luas untuk setiap entri yang dilakukan termasuklah barang solek, barangan fesyen, testimoni peribadi dan pelbagai lagi topik berkaitan dengan kehidupan seharian. Untuk rekod, Ameera Khan mula membuka channel Youtube pada tahun 2015.
Biodata Ameera Khan
Nama Penuh: Nur Ameera Khan
Nama Glamour: Ameera Khan / Little Miss Khan
Nama Panggilan Manja: Baby
Tarikh Lahir: 8 Disember 2000
Umur: 18 tahun (2018)
Asal: Kelantan
Adik-Beradik: Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Nellisa, Mohd Aqief, Noor Neelofa, Putri Nur Athira, Nur Athisha, Mohamed Faliq, Mohamed Firdaus
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Bangsa: Melayu (Kacukan Melayu, Pakistan dan Arab)
Pekerjaan: Social Media Influencer dan Vlogger
Instagram: @littlemisskhan
Twitter: @nurameerakhan
Video Penuh Ameera Khan Kecek Kelate
Leave a Reply