Ramai Terkejut Bila Lihat Gambar Terbaru Penyanyi Filem Titanic, Celine Dion. Memang Tak Sangka Sampai Jadi Begini

TUBUH yang kurus selain wajah cengkung Celiine Diion mencetus persoalan dalam kalangan penghibur tersohor dunia itu.

Kemunculan janda berusia 50 tahun itu di kota fesyen Paris bebeberapa hari lalu menyebabkan lensa kamera jurugambar serta netizen tertumpu padanya kerana wajah Diion benar-benar berbeza berbanding sebelum ini.

Di laman-laman sosial, netizen mula mempersoalkan kenapa penyanyi My Heart Will Go On itu terlalu kurus?
Apakah Dion sedang menderita sakit? Adakah dia menyedari perubahan pada dirinya?

Persoalan dan tanda tanya ramai itu dijawab oleh penghibur kelahiran Kanada itu yang memberitahu, dia berasa sangat selesa dengan penampilan terbaharunya itu.

Bahkan, Diion secara peribadi menegaskan, dia tidak mempunyai masa untuk melayan apa sahaja kritikan atau pandangan neg4tif mengenai personalitinya.

Barangkali, Diion tidak menyedari perubahan berlaku pada dirinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lebih-lebih lagi selepas kematian suaminya, Rene Angelil selepas bertarung dengan k4nser pada 14 Januari 2016.

Inikah wajah terbaharu Celine Dion?

KEMUNCULAN Celiine Diion di Paris baru-baru ini menjadi perhatian peminat-peminatnya yang terkejut melihat penampilannya. Gambar laman sosial

Dalam temu bual dengan media antarabangsa baru-baru ini, Diion berkata, perubahan yang berlaku padanya atas kehendak diri sendiri.

“Saya lakukan (perubahan) untuk diri sendiri. Saya mahu jadi lebih yakin, cantik, feminin dan seksi,” kata Diion kepada The Sun dalam wawancara.

Sehubungan itu, Diion enggan isu berat badannnya menjadi bahan perbincangan.

“Sekiranya saya suka, saya tidak akan bercakap mengenainya. Jangan peduli. Jangan ambil gambar,” tegasnya.

Tambah Diion lagi: “Sekiranya anda suka, saya ada di sana. Jika anda tidak suka, tinggalkan saya sendirian.”

Sumber Artikel: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*