Ramai Yang Jatuh Hati Bila Zamani Nyanyi Lagu Virgoun ‘Surat Cinta Untuk Starla’ Dah Macam Lagu Sendiri!

VIDEO Zamani Nyanyi Lagu Virgoun ‘Surat Cinta Untuk Starla’ Macam Lagu Sendiri dan Buat Ramai Yang Jatuh Hati.

Video Penuh Di Bawah Sila Skrol Ke Bawah

Nama penyanyi Zamani atau pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim kembali hangat diperkatakan sejak beliau menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Namanya menjadi lebih popular dan menjadi perbualan ramai apabila Zamani tidak dapat mengeluarkan suara dan tidak boleh menyanyi lagu tugasannya, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal Kumpulan Flybaits semasa konsert minggu kelima Gegar Vaganza disebabkan oleh masalah kesihatan.

Walaupun perjalanan seni sebelum menyertai Gegar Vaganza agak perlahan, namun aura Zamani sebagai penyanyi berbakat besar dan seorang yang ‘lejen’ tidak dapat dipertikaikan. Ini dapat dibuktikan dengan sokongan yang berterusan daripada orang ramai khususnya peminat-peminatnya.

Zamani turut dikenali sebagai artis yang sangat merendah diri, sopan santun dan berbudi bahasa. Sikapnya ini membuatkan peminat-peminat menyayanginya.

Menerusi video di Youtube, Zamani ada membawakan lagu Surat Cinta Untuk Starla nyanyian asal Virgoun dari Indonesia semasa Rakaman Live @ Warisan Hall Studio dibawa oleh Pentas Maya. Apa yang menariknya Zamani membawakan lagu ini seperti lagunya sendiri. Suaranya yang begitu lunak, merdu dan gemersik membuatkan lagu ini lagi indah untuk didengari. Itulah aura seorang LEJEN !!

Rata-rata peminat terhibur dengan persembahan Zamani. Antara komen-komen peminat :

” Zamani satu2nya penyanyi yang boleh kekalkan pembawakan “gaya nyanyian sendiri”. walaupun cover, tetap tidak terikut dengan gaya penyanyi asal. he has his own style. tak berubah walau bawa lagu orang lain. salute. legend.. “ Ape dah jadi dengan saye ni.. Ade zamani je semua saye like.. Adakah saye dah dah jatuh cinta pada abg zamani.. Hahahah.. “

” Abang Zamani Slam semenjak abang join GV5 saya dah rasa yang saya dah jatuh cinta dengan abang zamani. Abang Zamani Slam saya tetap sokong Abang Zamani dalam GV5 semoga kesihatan Abang Zamani okey untuk final GV5 nanti.. “

” Klu abg Zamani nyanyi lgu org lain cnfm JD lgu dye.. xda npk penyanyi Asal pon.. itula Nama penyanyi professional legend tuu.. terbaeeekk bg legend.. APA Pon aq suka version Zamani.. lunak merdu lontaran vokal dye..  Bro zamani… suara anugerah Allah… mmg sgt meruntun qalbu…. jaga kesihatan… jujurnya…. aku risau tgk keadaan kau… hemm… “

Sila tonton video penuh di bawah :

Zamani Nyanyi Lagu Seberang memang power – Surat cinta untuk Starla cover Virgoun

Zamani Nyanyi Lagu Seberang memang power – Surat cinta untuk Starla cover Virgoun

Posted by Video lagu jiwang viral on Saturday, November 17, 2018

Sama-sama kita doakan semoga Zamani diberi kesihatan yang baik dan dapat membuat persembahan yang mantap dan hebat konsert final malam esok. Admin pula yang berdebar nak tengok Zamani rap. Dup dap dup dap..Korang peminat Zamani macam admin tak ? Kalau minat, komen sikit..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber : Berita Kopak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*