Ramli MS Bagi 1 Tips Paling Berguna Untuk Peserta Akhir Gegar Vaganza Dan Siapa Tak Ikut Tips Ini Memang Susah Nak Menang

Demam Gegar Vaganza malam tadi masih belum reda. Ramai yang menjadi juri tidak dijemput dalam media sosial tetapi kita tidak boleh marah mereka kerana itu hak mereka. Bukan netizen sahaja malah ada artis yang mempertikaikan cara pemarkahan juri termasuk Diva Legend Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy.

Walaupun sering dihimpit kontroversi sepanjang penglibatan di Gegar Vaganza 5, penyanyi lagenda Zamani berjaya melangkah ke peringkat akhir rancangan itu.

Zamani, antara peserta ‘favourite’ musim ini memperoleh markah yang ‘mencukupi’ untuk ke final walaupun kelihatan gagal menyanyikan lagu pertama dengan baik. Pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy menerusi posting terbaru di Facebook meluahkan rasa kurang senang dengan keputusan itu.

Lupa lirik boleh masuk final?

Menerusi status itu, Ogy mempersoalkan kemaraan Zamani ke peringkat akhir rancangan itu walaupun beberapa kali lupa lirik dan gagal menyanyi dengan betul. Perkongsian Ogy bagaimanapun menerima pelbagai respon daripada pengguna Facebook yang rata-rata kurang senang dengan pendapat itu.

Kenapa Zamani Boleh Ke Final GV5? Ini Jawapan Ramli MS & Khadijah Ibrahim

Menurut Datuk Ramli MS, lagu Di Matamu nyanyian Zamani pada persembahan kedua telah menyelamatkan dan melayakkan penyanyi itu ke peringkat akhir.

Penjurian malam ini berdasarkan 2 lagu. Dia hilang 65% markah dari saya pada persembahan lagu pertama, saya bagi 35% dan itu antara markah paling rendah yang saya bagi jika dibandingkan dengan peserta lain.

Tapi bila dicampur dengan markah persembahan kedua, ia jadi sangat tinggi. Hampir semua juri bagi markah yang tinggi untuk persembahan kedua dan akhirnya Zamani dapat tempat ke lima.

INI TIPS PALING BERGUNA DARI RAMLI MS

Selaku ketua juri dia sendiri maklumkan bahawa Zamani terselamat kerana lagu Di Mata Mu dan rata rata juri lain memberi markah hampir penuh. Ramli MS beritahu Zamani patut persembah sama seperti malam tadi dari minggu pertama kerana cara dia bawa kan lagu Suffian Suhaimi seperti lagu itu dia punya.

Wartawan HMETRO tanya kepada RAMLI MS apakah tips dan apa yang perlu ada untuk peserta akhir Gegar Vaganza nanti. Jawapan Tok Ram sangat sempoi .. hahaha! Korang tengok la sendiri video di bawah.

Peringkat akhir GV5 bakal berlangsung 19 November bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Artikel By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*