Pihak KWSP Akhirnya Beri Respon Selepas Tular Pesakit Kans3r Kena Pergi KWSP Sendiri Semata Nak Keluar Duit Caruman

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang pesakit k4nser yang didakwa terpaksa dibawa ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya untuk mendapatkan pengesahan bagi mengeluarkan simpanan carumannya.

Isu tersebut telah mendapat pelbagai reaksi kurang senang daripada pelbagai pihak.

Ekoran itu, pihak KWSP telah tampil melalui laman Facebook mereka untuk memohon maaf atas kesulitan tersebut.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ambil maklum mengenai berita yang sedang tular berkaitan pengalaman perkhidmatan dari salah seorang ahli KWSP di Johor Bahru.

KWSP amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya.

Pihak KWSP telah menghubungi dan berjumpa dengan ahli tersebut dan keluarganya untuk memahami situasi ini dengan lebih lanjut. Ini bukan sahaja bertujuan membantu kes ahli tersebut, malah kami akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan prihatin kepada ahli-ahli kami.

Sekali lagi, kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku. Di sini juga ingin kami menegaskan bahawa pihak KWSP sentiasa mengambil berat terhadap aduan atau maklum balas daripada ahli mengenai tahap perkhidmatan untuk tujuan penambahbaikan berterusan.

Melalui kenyataan itu juga, pihak KWSP menyatakan akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Artikel Terdahulu

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial Nur Sheila Abdullah kesal dengan sikap kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bharu.

Nur Sheila berkata, keluarganya terpaksa mengusung kakaknya yang terlantar sakit dan tidak boleh bangun kerana sakit k4nser menggunakan ambulan ke pejabat tersebut untuk memohon pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan rawatan.

Ini cerita penuh Nur Sheila yang dikongsi di Facebook beliau:

Slogan KWSP : Sedia Membantu Anda.

Terfikir sejenak saya, betul ke slogan tu atau sekadar membantu bagi pencarum yang sehat kalau yang dah sakit dan bedded sila bantu diri anda sendiri.

Saya dan abang saya ada membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan KWSP Johor Bahru.

Tak kisah naik ambulans atau stretcher

Kakak kami seorang pesakit can cer memang bed ridden. Beliau berusia 56 tahun dan ingin mengeluarkan kesemua balance yg ada di akaun 1. Tak banyak pun. Tak sampai RM10,000.

Jadi kami meminta jasa baik pihak pengawai KWSP membuat lawatan ke rumah untuk mendapatkan cop jari secara manual dan pengesahan diri pencarum.

Jawapan beliau agak menyedihkan. Beliau kata tidak boleh. Pencarum mesti hadirkan diri juga di pejabat untuk pengesahan cop jari menggunakan mesin mereka.

Tak kisahlah nak datang naik ambulance dan mengunakan stretcher pun boleh, janji datang.

Allahuakbar. Kalau kita tengok pun keadaan di pejabat KWSP JB tu memang tak ada pun disediakan kemudahan seperti ruangan parking ambulance atau ruangan untuk pesakit yamg hilang upaya untuk berada di situ, yang ada hanya untuk OKU (orang kurang upaya) bukan hilang upaya.

Yang menyedihkan lagi, ambulance yang kami sewa diarah oleh security mereka ke belakang bangunan dengan alasan tak nak mengganggu di depan bangunan.

Berpusing-pusing driver ambulance dan ditanya pula kami “lama tak”? Macam-manalah kami nak jawab. Soalan ni agak “tough”.

Akhir sekali adalah seorang pengawai yang datang untuk menguruskan bab ambulance dan mengarahkan MA untuk tolak stretcher masuk ke kaunter.

Allahuakbar. Sedih tengok kakak saya yang memang sudah tidak ada daya upaya mengangkat tangannya tu terus menjadi tontonan orang ramai di situ.

Sedih tengok kakak

Yang menyedihkan saya lagi, salah seorang pengawai kata, sebenarnya boleh menggunakan cara cop jari manually cuma lambat.

Kenapalah tak beritahu kami pada mula-mula kami buat pertanyaan. Kami tak kesah pun lambat janji kakak kami tak perlu ke sana.

Soalan saya kepada pengawai KWSP yang berada di kaunter, “Puan, pihak pengurusan tak aware ke keselamatan pekerja-pekerja di dalam bangunan ni. Puan bayangkan kalau yang datang ni pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit. Tidakkah membahayakan anda semua?”

KWSP TOLONGLAH review semula SOP

Feedback saya tentang perkhidmatan KWSP ialah tolonglah “review” balik SOP ( Standard operating procedures) syarikat anda.

Kita hidup di negara yang dikategorikan sebagai negara yang agak maju dan demokrasi. Ubahlah cara kita berfikir. Think out of box and please do something on this.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan bukan sahaja menjadi negara yang maju tapi pemikiran pun perlu maju kehadapan!!!

Bukan niat untuk mencari kesalahan tapi cuma perlu untuk perubahan bagi kemudahan kami sebagai pencarum di masa akan datang.

#sampaiskrngpihakkwspxderespondsaya

#semogatiadalagiygmengalaminasibygsama-SM

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Nur Sheila Abdullah

Kredit : Siakap Keli

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*