Jemaah Umrah Terkejut Jumpa Sajat, Rupa Rupanya Masih Ada Di Mekah. Mereka Ingat Dia Dah Kena Bawa Keluar

Kisah usahawan kosmetik Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah telah mendapat tumpuan pelbagai pihak. Bukan sahaja warganet malah ilmuan agama dan menteri.

Ambil contoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan itu telah mencm4rkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

Sementara Mufti Perlis Dr Mohd Asri pula meminta orang ramai berdoa agar Sajat kembali ke pangkal jalan kerana mungkin dia berdepan kesukaran dalam sesuatu keadaan.

Teguran pelbagai pihak memaksa pihak agensi Nur Sajat mengerjakan umrah mengeluarkan kenyataan di mana mereka menjelaskan bahawa usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.

Bagaimanapun menerusi perkongsian di Instagram oleh Pencetus Ummah (PU) Amin yang kebetulan berada di sana, menjelaskan keadaan sebaliknya pula berlaku.

Pencetus Ummah (PU) Amin mengesahkan rakan serta jemaahnya terserempak dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang masih berada di Masjidil Haram iaitu tanah suci Makkah.

Menurut saksi memberitahu Sajat dan rakannya masih bertudung dan mengerjakan Saie.

Malah mereka sempat mengambil gambar Sajat yang berada di situ.

Justeru, PU Amin menafikan berita bahawa Sajat dibawa keluar kerana dia masih berada di sana.

Oleh itu, PU Amin meminta terutama muslimah di sana berhati-hati dan menjaga 4ur4t kerana bimbang ia tercm4r.

Bagaimanapun sebahagia jemaah di sana sudah membuat laporan polis mengenai kelakuan Sajat itu.

” Ramai kawan-kawan dan sebahagian jemaah umrah saya tadi jumpa Sajat dan kawan-kawannya di tempat Saie tadi. Kebetulan kami sedang buat ibadat Saie. Mereka masih bertudung dan sedang buat Saie.

” Ramai jemaah muslimah terkejut dan tak sempat ambil gambar. Hanya sebut “Eh Sajat tu Sajat”.

” Jemaah yang saya pimpin Saie tadi perasan, tapi saya tak perasan pula walaupun berada berdekatan. Semoga segala urusan dipermudahlan. InsyaAllah ada jalan kebaikan bagi perkara ini.

” Jadi yang kata Sajat kena tngk4p dan dibawa keluar itu semua tak betul. Masih ada di Masjidil Haram. Kepada semua jemaah muslimat di Masjidil Haram Mekah, pelihara 4ur4t sebaiknya walaupun kalian berada di kawasan solat muslimat.

” Sebahagian jemaah umrah di sini ada buat report pada pihak p0Iis tadi. Wallahualam.

Dalam pada itu, PU Amin turut menulis kapsyen meminta orang ramai dan pengikut beliau terutamanya supaya tidak melemparkan kata-kata kejiian kepada Sajat.

” Allah aturkan semua yang berlaku dan tidak berlaku atas muka bumi ini. Sebesar mana d0s4 manusia pasti ada jalan pulang. Allah Maha Pengampun. Cuma untuk mendapat pengampunan dari Allah perlu mujahadah yang besar.

” Saya percaya Kaabah akan buat hati sajat dan kawan kawan nya lembut dan getar. Kita doakan agar Allah hantarkan kasih sayang nya . Soal tindakan dan undang undang, itu akan disempurnakan oleh pihak berkuasa. Kita pula, cukup sekadar doa dan doa. Jangan menc4cii . Inshaallah percayalah, ada lah tu benda baik Allah nak bagi .

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: PU amin, gempak

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*