Bakal Suami EIIy MazIein Cerita Kenapa Dia MemiIih Kak Lina Pom Pom Untuk Ke Jannah, Sedangkan Pada AwaInya Tak SeIesa

SELEPAS lama merahsiakan wajah tunangnya, penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein akhirnya mengotakan janji mendedahkan wajah lelaki pilihannya itu di majlis malam berinai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, malam tadi.

Lelaki kacak bertuah bernama Mohamad Azlan, 30, yang juga guru di sebuah sekolah di Puchong, Selangor itu bakal bergelar suami Elly dalam majlis pernikahan yang akan berlangsung di lokasi sama esok.

Elly yang sebak di majlis itu berkata, kejujuran Mohamad Azlan menyentuh hatinya sekali gus membuka hatinya untuk melangkah ke fasa seterusnya.

TIADA NIAT SEBENARNYA UNTUK SOROK BAKAL SUAMI

“Dia tak malu beritahu asal usulnya, gajinya dan mendahulukan keluarganya dalam segala aspek. Saya tak minta harta, tapi cukuplah seorang suami yang boleh jaga saya, anak saya dan ayah saya,” katanya.

Menurut Elly, dia tidak berniat untuk menyembunyikan identiti tunangnya itu.

“Di bukanlah sesiapa dalam industri hiburan. Jadi, dia minta sedikit waktu untuk mempersiapkan diri dan masuk ke dalam dunia glamor selepas berkahwin.

“Hari ini juga, saya kongsikan wajah anak saya, Putri Sara Sefhia selepas sekian lama kerana sebelum ini, saya mahu menjaga privasinya,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Azlan mengakui dia sedang mencuba untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan kehidupan Elly sebagai selebriti terkenal.

MULA MULA MEMANG DIA TAK BIASA SEBENARNYA

“Segan memang segan sebab tak biasa lagi tapi saya kena belajar untuk masuk dalam dunia Elly. Setakat ini okay walaupun pada awalnya tak selesa. Tapi, saya belajar dari semasa ke semasa,” katanya.

Ditanya mengenai daya tarikan yang ada pada Elly, Mohamad Azlan berkata, Elly seorang yang lemah-lembut dan kelakar.

“Sifat lemah-lembut dan kelakar itu yang membuatkan saya tertarik kepadanya. Nampak saja dia lembut, tapi dia kelakar. Bila saya dalam keadaan susah, dia umpama pengubat resah dan sekali gus memberi semangat,” katanya.

Sebelum ini, majlis merisik berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup. Elly dan Azlan seterusnya diikat dalam satu majlis pertunangan yang berlangsung 17 Disember tahun lalu.

Penyanyi lagu Bungaku Bakawali itu mengenali Azlan sejak Ogos tahun lalu dan dalam tempoh itu tidak pernah berkongsi foto wajah tunangnya itu secara terbuka.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber :viddy media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*