Sah Elfira Loy Telah Berkahwin. Elfira Kongsi Gambar Pernikahan Dia Dengan Lelaki Pilihannya

Kadang kadang apa yang berlaku ada hikmahnya, percaya kepada jodoh kerana jodoh kita sudah tertulis sebelum kita dilahirkan lagi.

Elfira Loy Sah Dah Move On

PELAKON Elfira Loy memuat naik sekeping gambar dipercayai pada majlis pernikahannya dengan Faris Khairol Anwar, 24, di Instagram pada pagi Selasa.

Menerusi gambar itu memperlihatkan Faris sedang menyarungkan cincin ke jari manis Elfira sambil aktres itu tersenyum.

Pasangan itu dilaporkan selamat disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 9.30 pagi.

Elfira dilihat mengayakan busana berwarna putih lengkap dengan vel rekaan Rizman Ruzaini yang pernah tular sebelum ini di laman sosial.

Menerusi kapsyen gambar itu, Elfira hanya menulis Alhamdulillah tanpa sebarang butiran lain mengenai majlis itu.

Semalam, sebuah portal melaporkan pasangan itu akan melangsungkan pernikahan pada Selasa bersempena kehadiran tahun baharu 2019.

Pasangan itu juga dikatakan akan mengadakan kenduri perkahwinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan turut dilaporkan mereka bakal mengadakan lima majlis berbeza bagi meraikan hari bahagia mereka.

Elfira atau Nurul Elfira Loy, 24, dan Faris mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu.

Sebelum itu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 namun ikatan itu terputus pada 18 Februari 2018.

Sumber Artikel: Mstar Online

Notakaki: Tahniah kepada Elfira Loy dan pasangan kerana berjaya diijabkabulkan. Semoga semua dipermudahkan dan jodoh sehingga Jannah. Tak sabar nak tengok majlis resepsi nanti.. Rasa rasa jemput Suffian Suhaimi tak? huhu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*