Selepas Linda Rafar Umum Nak Saman Netizen, Ini Yang Berlaku Selepas Itu

Semalam, penyanyi Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen yang menulis komen keterlaluan sehingga memburukkan dirinya dan keluarga berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam, Disember lalu.

Linda, 41, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar menuntut individu terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial.

Linda menerusi peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates berkata, notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula semalam.

“Kami sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Saya nak mereka buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil,” tegas Linda.

Penyanyi itu berharap, tindakan tegasnya itu akan memberi pengajaran kepada netizen agar tidak sewenang-wenangnya menulis komen berbaur fitnah dan mengaibkannya serta membuli orang lain di media sosial.

“Atas nasihat peguam dan selepas mengambil kira banyak perkara, saya teruskan notis ini. Saya tidak pernah berasa menyesal dengan apa dibuat. Saya hanya mempertahankan hak ibu,” katanya.

Sehari selepas berita Linda mahu memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen, ramai yang mula menghubungi Linda melalui Instagram untuk memohon maaf.

40 Orang Sudah Memohon Maaf Kepada Linda Rafar

Difahamkan, Linda menerima lebih 40 ‘Direct Message (DM) untuk memohon maaf dan mengakui kesilapan mereka.

Walaupun begitu, ada beberapa individu yang enggan memberi kerjasama dengan alasan malu jika orang tahu mereka memuat naik permohonan maaf secara terbuka itu.

Linda pula bertegas, jika mereka tidak menuruti syarat yang ditetapkan, notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka tetap akan dihantar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Buat masa sekarang, peguam saya sedang membuat tapisan untuk pengecualian notis. Saya akui ada yang tak mahu beri kerjasama, alasan diberikan mereka malu orang akan tahu jika mereka memuat naik permohonan maaf itu.

“Ada yang menghantar mesej mereka menyesal kerana tak berfikir sebelum komen selain dipengaruhi rakan. Tahu pun mereka malu. Malu saya dan keluarga nak letak mana? Selepas apa yang mereka lemparkan kepada saya, baru pula mereka nak fikir perkara itu salah,” katanya.

Sumber: Harian Metro via Siakap Keli

Linda Rafar saman 100 ‘netizen’

Penyanyi Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam pada Disember lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*