Selepas Ucapkan Tahniah Harimau Malaya Bertembung Vietnam Malam Ini Drogba Umum Sesuatu Yang Mengejutkan!

PETALING JAYA : Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba, 40 tahun berharap skuad Harimau Malaya bermain dengan baik pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018, malam ini. (Selasa, 11 Disember).

Walaupun tidak mengetahui mengenai perkembangan bola sepak negara namun kejayaan Malaysia berjaya ke final tetap mencuri tumpuannya.

“Saya melihat pasukan kebangsaan Malaysia mara ke final dan saya ingin mengucapkan tahniah. Saya berharap anda semua mencapai keputusan yang baik.” kata Drogba dalam temubual bersama Ian Johan Ariff untuk rancangan bual bicara bola sepak terbitan Astro Awani, Bual Bola.

Drogba ke Malaysia sempena salah satu jelajah promosi rakan rasmi skuad bola sepak Chelsea, Yokohama di Malaysia.

Kali terakhir penyerang Ivory Coast itu berkunjung ke Malaysia adalah ketika jelajah Asia skuad Chelsea ke Malaysia pada 2011, di mana Drogba menjaringkan gol kemenangan yang penuh kontroversi, menerusi satu sepakan percuma pada lewat permainan.

Dalam perlawanan itu Chelsea menang 1-0 ke atas skuad pilihan Malaysia.

Drogba berhijrah dari Marseille ke Chelsea pada 2004 dengan bayaran perpindahan termahal kelab ketika itu bernilai £24 juta.

Penyerang Ivory Coast itu membantu the Blues menjuarai liga utama Inggeris buat pertama kali dalam tempoh 50 tahun pada musim pertama beliau menyertai kelab London itu.

#WeBelangTogether: Drogba ucap tahniah kepada Harimau Malaya!
Didier Drogba mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya.

Sepanjang berada di Chelsea, Drogba menjaringkan 164 gol untuk the Blues, memenangi 12 trofi utama di England dan merupakan pemain Afrika pertama menjaringkan 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris.

Selepas Chelsea, Drogba berhijrah ke China dengan menyertai Shanghai Shenhua pada 2012, sebelum berpindah ke Turki untuk menyertai Galatasaray pada 2013.

Beliau kemudian kembali menyertai Chelsea pada 2014 sebelum menyertai kelab bola sepak Kanada, Montreal Impact dan berhijrah ke Amerika Syarikat untuk beraksi bersama Phoenix RIsing.

Drogba mengumumkan persaraan bermain secara profesional tahun ini pada usia 40 tahun.

Drogba datang ke Selangor

PENYOKONG kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea berpeluang bertemu dengan pemain legenda The Blues, Didier Drogba, apabila bekas penyerang itu dijadualkan menghadiri sesi bertemu peminat di sebuah pusat membeli-belah ternama di Petaling Jaya pada 8 Disember ini.

Pada sesi itu, peminat berpeluang menyertai sesi soal-jawab eksklusif bersama Drogba yang dihoskan penyampai Astro SuperSport, Amanda Chaang serta disajikan dengan persembahan freestyle bola sepak, peluang bergambar dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

“Saya sangat teruja untuk melawat Selangor bersama Chelsea dan rakan mereka, Yokohama. Saya benar-benar berharap dapat berjumpa ramai peminat Chelsea  di Selangor,” kata Drogba, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yokohama Malaysia (Yokohama).

Yokohama Yokohama Rubber Co. adalah Rakan Rasmi kepada Chelsea, juara lima kali Liga Perdana Inggeris dan juara semasa Piala FA.

Untuk rekod, Drogba menjaringkan lebih 100 gol Liga Perdana Inggeris untuk Chelsea dan memenangi kejuaraan itu sebanyak empat kali serta juara Liga Juara-Juara Eropah pada 2012.

Drogba pernah memenangi 12 trofi utama semasa dua kali bersama di kelab itu iaitu pada 2004-2012 dan 2014-15. – Bernama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*