Semua Orang Di Stadium Pelik Macam Mana Safawi Rasid Boleh Beri Bola Kepada Lelaki Ini

Dalam keriuhan rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan akhir piala AFF Suzuki malam tadi, rupanya ramai golongan artis dan selebriti yang turut sama pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan itu.

Antara yang sempat dilihat kelibat mereka adalah pasangan Che Ta dan Zain, Ayu Raudhah, Lan Pet Pet, Diana Danielle, Lisa Surihani,  Fasha Sandha dan tunangnya, Aidil Aziz.

Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah cerita pasal Raf Yaakob, suami Mawar Rashid. Kecoh pasal video yang dimuat naik oleh Raf Yaakob di mana beliau berjaya menangkap kemas bola yang ditendang oleh Safawi Rasid dari padang.

Dalam video tersebut kelihatan Safawi Rasid berjalan ke tepi padang sambil memegang bola. Kemudian beliau dilihat bersedia untuk mendendang bola ke arah tempat duduk penonton. Pada masa itu, kelihatan Raf Yaakob bersama rakan-rakan lain bersiap sedia untuk menangkap bola itu, dengan harapan bola sampai ke arah mereka.

Dengan tidak semena-mena, bola tendangan Safawi Rasid itu betul-betul datang ke arah mereka. Dan lebih kecoh apabila orang yang berjaya menangkap bola itu ialah Raf Yaakob sendiri. Powerrr betul!

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan itu malah bergurau dengan berkata Raf Yaakob boleh menggantikan penjaga gol Malayasia sekarang, haha.

Dalam entri yang dimuat naik Raf itu, beliau menulis kapsyen;

” Pawi oh pawiiiiiii… 90,000 orang kat Stadium tadi, macam mana bola yang awak sepak for giveaway to fans boleh sampai kat tangan Raf?! Suratan atau kebetulan? Rezeki baby Raden ni. Thanks @safawirasid29. Good goal tadi. World class! Great comeback. Congrats to you and team. See you soon Pawi”

” Thanks Anje capture this priceless moment. I’m still puzzled macam mana bole tergerak hati nak record this moment..”

( Skrol ke bawah untuk lihat video)

Jom baca apa komen netizen

azyla_mohdinila nama nyer the power of usaha.. u dah standby angkat tangan siap2 nak tangkap bola tu xtau pon dapat ke tidak

iamshafiraaFuyohhhhh. Terbaik lah. Mesty isteri dia bangga gila sebab record yg paling bermakna.

maya_dqasehHebatt..mmg btuah… klu sy dh lame tnduk takut kne bola. Ni tgkp.. hebatt… kngan mnis ni..hihi

eykaahmt OMG it’s really happened??? mmg betul²rezeki baby raden. wehhh seriouss laaa…nice gila raf tangkap bola tu..maybe dia boleh jadi keeper

Jom lihat video di bawah

Sumber Artikel : Sinar Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*