Setelah Cinta Lama Zamani Diungkit Kembali Sehingga Menjadi Tular, Ini Respond Terbaru Zamani Kepada Semua Tentang Cinta Dia Dengan SN Dahulu

Zamani, nama yang semakin popular sejak beliau menyertai Gegar Vaganza 5. Dengan tularnya dia hilang suara sehingga terpaksa diselamatkan oleh Dato Aliff Syukri dan baru baru ini tular tentang dia gagal menyempurnakan tugasan menyanyikan lagu Yusry KRU Dekat Pada Mu.

Tetapi ada satu kisah yang betul betul menjadi tanda tanya. Kisah ini telah tulah beberapa tahun sebelum tetapi diungkit kembali oleh media sosial dan netizen tentang percintaan beliau dengan artis malaysia Dato Siti Nurhaliza.

Berita ini dipetik dari Berita Harian tentang respond Zamani mengenai isu tersebut.

SHAH ALAM: Penyanyi Zamani memohon supaya semua pihak menghentikan penularan video yang memaparkan dirinya berkongsi kisah silam percintaan dengan seorang penyanyi popular.

Bekas vokalis kumpulan Slam ini tidak mahu isu itu berpanjangan selain enggan melukakan hati mana-mana pihak berikutan apa yang diceritakan sudah lama berlaku.

‘Cukuplah… Dia pun dah berkeluarga’

“Cukuplah cerita seperti ini… Kita kena hormat dan jaga perasaan individu terbabit. Ini kerana dia sudah pun berkeluarga.

“Saya sudah lama melupakan perkara itu dan sudah menjalani kehidupan baharu.

“Mungkin orang yang tularkan video itu berniat membantu saya dari segi promosi memandangkan saya menyertai program realiti.

“Namun, saya tak perlukan publisiti begitu… Selepas ini, saya harap hentikanlah penularan video itu,” katanya kepada BH Online.

Related image

Baru-baru ini, rakaman video yang diambil daripada program bual bicara, Teh Tarik Che Ta yang disiarkan sebuah stesen televisyen (TV) tahun lalu, tular.

Menerusi video berdurasi 3.06 minit itu, penyanyi Gerimis Mengundang ini mengimbau kembali kisah cintanya yang tidak kesampaian kepada pengacara program itu, Rozita Che Wan.

Sementara itu, mengulas mengenai kecaman netizen apabila diumumkan mara ke pentas akhir Gegar Vaganza 5 biarpun terlupa lirik dan ‘lari’ tempo ketika mendendangkan lagu pertama pada konsert separuh akhir, malam tadi, Zamani mengaku malu dengan insiden itu.

“Memang saya malu sangat dengan kejadian itu. Apa yang boleh dikatakan, saya memang menghadapi masalah dengan ‘ear monitor’.

“Saya tak dengar muzik… Ini membuatkan saya teragak-agak untuk ‘masuk’ pada bahagian sepatutnya.

“Tapi kalau saya cakap hal ini, orang akan kata itu semua hanyalah alasan. Jadi, anggap sajalah kejadian ini berlaku disebabkan kesalahan sendiri,” katanya.

SUMBER : BHARIAN ONLINE

Video Ketika Zamani Meluahkan Perasaan Kepada Che Ta Tentang Percintaan Dengan Dato Siti Nurhaliza

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*