‘Tiap-tiap hari saya nak minta maaf dengan dia…’ Dalam Sebak Datuk Jalaluddin Hassan Beritahu Apa Dia Nak Buat Kalau 4rwh Masih Ada

Sebut sahaja nama  Datuk Jalaluddin Hassan, siapa yang tidak mengenali pelakon veteran yang terkenal ini. Datuk Jalaluddin Hassan merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Beliau terkenal sebagai hos Who Wants to Be a Millionaire?, malah teg nama iaitu “Anda pasti” dan “Jawapan Muktamad” semasa menjadi hos rancangan ini menjadi siulan masyarakat Malaysia pada ketika itu. Beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Tuanku Jaafar (DPTJ) yang membawa gelaran “Datuk” oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar sempena hari keputeraan baginda.

Pernah melalui kehilangan isteri tersayang, Datin Hashimah Mad Ehsan pada tahun 2016 sebelum berkahwin semula setahun kemudian, ada kisah pilu yang dipendamkan selama ini oleh beliau mengenai arwah isterinya itu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Zayan, luahan Jalaluddin ketika ditanya apa yang ingin disampaikan kepada arwah sekiranya dia masih ada, ternyata mengundang rasa hiba ramai netizen.

Tiap-tiap hari saya nak minta maaf dengan dia. Saya ni garang kat rumah.. saya garang sebab saya nak yang terbaik. Saya nak isteri saya jadi yang terbaik..” kata beliau.

Malah, sepanjang perkahwinan mereka selama 40 tahun, dia tidak pernah bergaduh dengan arwah isterinya kerana orang ketiga.

” Percaya tak saya tak pernah bergaduh dengan dia kerana perempuan lain kerana dengan siapa saya berkawan saya tak pernah rahsiakan pada dia.. dia tahu semua..” kata beliau.

Sempat memberikan pesanan kepada semua lelaki yang bergelar suami di luar sana, tonton video penuh yang menyentuh hati ini seperti di bawah. Sebak.

Jalaluddin Hassan tak sendirian lagi

Pelakon versatil, Datuk Jalaluddin Hassan, sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn,  jam 10.55 pagi 12 November 2017.

Jalaluddin, 63, dinikahkan abang kepada Rapidah, 44, yang juga penggiat teater, Lokman Abd Ghani di hadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Mohd Faisal Mohd Noor, dengan mas kahwin RM300.

Majlis turut disaksikan bapa Jalaluddin, Tan Sri Hassan Azhari, 89.

Perkenalan selama empat bulan menerusi laman sosial Facebook menyatukan pasangan yang tampil dengan persalinan rona putih itu.

Rapidah yang juga ibu tunggal, turut menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 dan dibalas tujuh dulang hantaran.

Majlis yang dihadiri kira-kira 100 tetamu merangkumi ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai, turut dihadiri rakan artis, Ashraf Muslim, Arash Mohamad dan Den Wahab.

Pasangan mempelai kemudian diraikan pada majlis ringkas di perkarangan masjid. Jalaluddin dan Rapidah mengambil peluang bertemu ahli keluarga dan jemputan yang mengucapkan tahniah kepada mereka.

Jalaluddin menduda selama setahun susulan kematian isteri tercinta, Datin Hashimah Aksan, pada 5 November 2016 selepas mendirikan rumah tangga selama 40 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Zayan via Siakap Keli

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*