Shahrol Shiro Akhirnya Buka Mulut Dan Beritahu Perkara Sebenar Selepas Dia Dikatakan Tidak Profesional Ketika Jadi Deejay Suria FM

PELAKON dan pelawak Shahrol Shiro menyelar dakwaan kontraknya bersama stesen radio Suria FM ditamatkan atas dasar masalah disiplin.

Shahrol, 34, berkata dia amat terkilan apabila Suria FM bersikap tidak profesional sekali gus turut mengaibkannya.

“Tolong jadi profesional Suria FM! Kenyataan saya sebelum ini sudah berterima kasih dan menghargai kamu. Selepas itu riuh rendah perkhabaran yang mengaibkan saya.

“Kenapa timbulnya isu ini? Adakah disebabkan hasad dengki? Atau terdengar bisikan syaitan?

“Biar saya jelaskan satu-persatu. Isu ponteng kerja, cuti sakit dan disiplin memang ada berlaku sepanjang MLM2018 (Maharaja Lawak Mega 2018). Kadang-kadang mencari idea sehingga jam 3 pagi, pukul 5.30 sudah bangun, ada yang terlajak.

“Apa hukuman kamu? Kamu gantung dan tolak gaji saya. Saya berlapang dada dan terima keputusan. Kamu sudah menghukum saya!!!” tulisnya di Instagram.

Shahrol juga kecewa apabila Suria FM tidak menyokong perjuangannya dalam MLM2018 serta tidak bertimbang rasa dengan jadualnya.

“Sepatutnya kamu berikan sokongan, penyampai kamu ada dalam pertandingan. Ini tidak. Gambar saya di sosial media @suriamalaysia jarang sekali di’repost’.

“Sepanjang jelajah Suria, ada tempat yang tidak dapat pergi kerana masalah keluarga dan ‘show’ sudah ‘lock’ (diterima) terlebih awal. Kamu suruh saya naik bas untuk jelajah Suria setiap Jumaat sedangkan kamu tahu saya terbabit dalam Super Spontan,” demikian antara luahannya.

Terdahulu, pihak pengurusan Suria FM menafikan kenyataan dikeluarkan Shahrol untuk mahu fokus dengan syarikat produksi miliknya, Bushido Production yang beroperasi di Johor sebagai alasan tidak menyambung kontrak.

Sebaliknya, mereka terlebih dahulu menamatkan kontrak Shahrol lebih awal iaitu pada 11 Januari lalu, biarpun kontrak sebenar anggota Shiro itu adalah selama setahun bermula 1 Ogos 2018 – Sumber ArtikelHMETRO ONLINE

KENYATAAN PENUH SHAHROL SHIRO KEPADA SURIA FM

Be Profesional Suria fm! Posting saya sebelum ni dah berterima kasih dan menghargai kamu..Selepas itu riuh rendah perkhabaran yang mengAibkan saya..Kenapa timbulnya isu ni??Adakah kerana hasad dengki??Atau kerana terdengar Bisikan Syaitan??

Biar sy jelaskan satu persatu.. Isu ponteng kerja,mc dan disiplin – Memang ada berlaku sepanjang MLM2018..Kadang2 mencari idea sehingga jam 3 pg..pukul 5.30 dah bangun..ada yang terlajak..Apa hukuman kamu???Kamu GANTUNG dan TOLAK gaji saya..saye berlapang dada dan terima keputusan.. Kamu Telah pun MENGHUKUM saya!!!Sepatutnya kamu berikan sokongan penyampai kamu ada dalam pertandingan..Ini tidak..gambar saya kat sosial media @suriamalaysia jarang sekali di repost..kalau direpost boleh buat kenduri kesyukuran la

Tidak ikut program kamu – Sepanjang jelajah suria ada tempat yang tidak pergi kerana masalah keluarga dan show yang telah lock terlebih awal..Kamu suruh saya naik bas untuk jelajah suria setiap jumaat sedangkan kamu tahu jumaat malam saya terlibat dalam Super Spontan..Selepas habis rancangan saya ikut jelajah kamu dengan kenderaan sendiri TANPA claim minyak dan tol.. Dulu kamu pening kepala rating Suria jatuh..kita berbincang bersama dalam suatu suasana yang muhibbbah..

Dengan izin Allah survey yang lepas kita naik..Bila nak tamatkan kontrak suruh datang amik surat dan what app..tanpa duduk bersama..Kamu ingat saya SAMPAH.. Alasan kamu tidak mahu saya hilang fokus dalam MLM2018 sedangkan surat tamat kontrak sewaktu MLM berlangsung..takkan nak nampak suci disitu🤣 Ramai rakan2 pernah berkata tidak elok pasal kamu tetapi saya nafikan.. Buat sahabat2 saya disana @diyanaamira @fizialisuria dan @isseyfazlisham ..teruskan berkarya dengan ikhlas..

Buat @djlinsuriacinta jangan terlampau ikut perasaan..bnyk api dalam serkam disana..tak gitu tuan penasihat @jjstyleofficial 😎 ..lagi satu what app jangan bagi blue thick jer..terguris perasaan ini🤣 Saya tunggu gak ucapan tahniah atas kemenangan MLM dari kalian..takpe,Mungkin tak tengok Astro kot (bersangka baik) Akhir kata “Majulah Tanpa Harus Menyingkirkan Orang Lain, Naiklah Tinggi Tanpa Menjatuhkan Orang Lain, Dan Berbahagialah Tanpa Menyakiti Orang Lain

Sumber Instagram: Shahrol Shiro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*