Sharifah Sakinah ‘Mengamuk’ Komen Melampau Kaitkan Anak, Memang Dia Akan Cari Sampai Dapat Walaupun Akaun Palsu

Walaupun antara Sharifah Sakinah dan Zarina Anjoulie sudah saling memohon maaf antara satu sama lain, namun masih ada netizen yang tidak puas hati.

Permohonan maaf Sakinah dibuat pada satu entri di Instagram, manakala Zarina atau Anju turut berbuat perkara yang sama di Instagramnya.

Walaupun masih lagi dikecam netizen di ruangan komen, Sakinah tidak membalas balik hinggalah pada satu entri gambar bersama anaknya.

Pengguna akaun yang menggunakan akaun palsu bernama @huntingmunafiqbelike meninggalkan satu komen yang cukup kejam.

Kesian anak tu dibesarkan munafiq yang berketurunan Nabi Muhammad. Extra Malang,” tulis akaun palsu tersebut.

Sakinah yang sebelum ini hanya berdiam diri apabila dikecam telah membalas balik komen tersebut.

Ok ni saman Pakai fake acc pun kita akan cari,” tulis Sakinah yang agak terkesan apabila anaknya turut dikaitkan.

Sebelum ini pengikut-pengikut Sharifah Sakinah dan pengikut-pengikut Zarina Anjoulie berperang dengan meninggalkan kecaman-kecaman di ruangan komen, namun Sakinah menerima kecaman yang sangat teruk.

Sumber Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*