Shiro Juara Maharaja Lawak Mega 2018. Ini Hadiah Hadiah Lumayan Yang Berjaya Mereka Bawa Pulang. Memang Tak Sangka ..

KUMPULAN Shiro diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Dengan tema bebas dan muzikal komedi, Shiro yang dianggotai oleh Ajak dan Shahrol menampilkan dua persembahan bertenaga serta menerima pujian daripada juri.

Naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Bocey dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Sementara itu, kumpulan Zero pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Kumpulan Puteh dan Taman pula masing-masing mampu berpuas hati di tempat keempat dan kelima.

Puteh membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi manakala Taman pula membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Selain itu, kumpulan Shiro juga memenangi anugerah Punchline Machine dan menerima plak penghargaan.

MLM2018 menggunakan format pemarkahan sebanyak 70 peratus daripada juri manakala 30 peratus daripada jumlah undian penonton melalui aplikasi TikTok.

Selain persembahan finalis, penonton juga dihiburkan dengan persembahan hebat oleh Azharina Azhar.

MLM2018 dihoskan oleh Datuk AC Mizal serta dibarisi juri terdiri daripada Douglas Lim, Remy Ishak, Scha Alyahya dan Tya Arifin.

Shiro – Tema Muzikal Maharaja Lawak Mega 2018/2019 Akhir Final Juara Tempat pertama (Full Live)

Biodata Ajak Shiro

Mohd Hanaffi bin Razak, (Jawi : محمد حنفي بن رزاق , lahir 6 Januari 1986)[1] atau lebih dikenali sebagai Ajak Shiro, merupakan pelawak Malaysia yang dicungkil menerusi program Raja Lawak 6. Beliau berganding bersama dengan Shahrol Shiro lalu membentuk sebuah kumpulan yang diberi nama Shiro.

Biodata Shahrul Shiro

Shahrol Azizie bin Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro (lahir 16 Julai 1984) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara. Sekarang, beliau berjaya membuka francais SS Bubur Ayam & menubuhkan “Aku Budak Kluang” untuk golongan belia di Kluang, Johor.

Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008, namun berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki Muhd. Adam Danish.[1] Beliau kemudian telah mendirikan rumah tangga dengan Anna atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi, dengan mas kahwin senaskah kitab suci Al-Quran pada 17 March 2016

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*