Viviana Abdullah Dedah Personaliti Fazura & Neelofa.. Tak Disangka Yang “Bertutup Litup” Rupanya…

Bagi mereka yang mengikuti laman Instagram selebriti media sosial Viviana Abdullah, pasti mengetahui personaliti berperwatakan lembut itu gemar berborak dan mengupas pelbagai isu bersama pengikutnya.

Terbaru, menerusi sesi Instagram ‘live’, Viviana atau nama sebenarnya Wan Marzuki Wan Daud sempat bercerita mengenai pengalamannya ketika bekerja bersama dua selebriti tersohor iaitu Fazura dan Neelofa.

Pendapat mengenai Fazura

Bercakap mengenai Fazura, Viviana menyifatkan pelakon popular itu mempunyai personaliti yang baik dan merendah diri serta sangat menjaga hubungan dengan para peminat.

Malah Viviana berkata, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu tidak berpura-pura terhadap diri sendiri selain tegas apabila membabitkan soal kerja.

“Fazura tahu bila nak jadi diva, bila nak ‘switch off’ jadi diva. Dia sangat merendah diri, dengan peminat dia paling menjaga. Dia tak plastik, jadi diri dia. Cuma bila bekerja, dia agak tegas,” katanya.

Pendapat mengenai Neelofa

Bagi Neelofa pula, Viviana lebih memilih untuk berdiam diri mengenai personaliti bekas pengacara MeleTOP itu kerana sedar pasti akan menerima kecaman daripada orang ramai.

Tambah Viviana, ia kelihatan seperti mahu memburuk-burukkan situasi sekiranya dia bercerita lanjut tentang usahawan popular berkenaan.

Sumber: ohmymedia via Media 96 times

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*