Baru Balik Umrah Datin Paduka Eina Azman Pergi Bercuti. Tapi Ini Yang Menjadi Perhatian Netizen

Bagi yang mengikut perkembangan pelakon tinggi lampai, Eina Azman atau nama sebenarnya Datin Paduka Ainur Syakina, pasti tahu yang dia dan keluarganya baru sahaja kembali dari menunaikan ibadah umrah di Mekah beberapa minggu yang lepas.

Ramai yang menyangka yang Eina bakal berpakaian sopan dan menutup aurat sekembalinya dia daripada tanah suci itu.

Bagaimanapun sangkaan itu meleset apabila baru-baru ini pelakon Rahsia Hati Perempuan itu telah memuat naik beberapa foto percutian keluarga ke pusat peranginan yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

โ€œBukan ke baru balik daripada umrah?,โ€ merupakan antara soalan yang diajukan kepada pelakon putih melepak ini.

Walaupun pakaian Eina tidaklah terlalu mencolok mata, namun mungkin kerana dia baru sahaja kembali ke tanah air, ramai yang menegur Eina untuk sekurang-kurangnya mengenakan pakaian yang labuh dan tidak menampakkan sebahagian badannya.

Tidak kurang juga yang memuji Eina kerana pakaiannya boleh dianggap sopan jika dibandingkan dengan artis-artis lain ketika bercuti terutama sekali ketika bersantai di tepi pantai.

Apa pun, yang menegur tu bukanlah mahu mengecam tetapi sebaliknya mahu menegur Eina kerana sayangkannya. Almaklumlah, Eina kan lemah lembut dan cantik budi bahasa orangnya. Pastinya para peminat sayang lebih. Diharap Eina mengambil teguran tersebut secara positif.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Cari

PERHATIAN:ย Pihakย Kualalumpur Viralย ย tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihakย Kualalumpur Viralย juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*