Zarina Anjoulie Sindir Rakan Artis Tayang Harta Mewah Tapi Minta Bantuan Kerajaan

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai luahan hati segelintir artis yang ingin meminta bantuan kerajaan kerana ada penggiat seni terjejas sumber pendapatan kerana tiada kerja susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Isu tersebut turut mendapat perhatian ramai artis termasuklah Zarina Anjoulie yang tidak bersetuju dengan cadangan beberapa rakan artis yang meminta bantuan kerajaan.

Menurutnya, artis sepatutnya memohon bantuan daripada persatuan seni seperti Persatuan Seniman atau mana-mana rakan selebriti.

“Tayang kemewahan macam kaya raya, tapi you guys have nothing”

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram, Zarina mengkiritik rakan artis yang meminta bantuan kerajaan, sedangkan mereka sebelum ini memperoleh pendapatan beribu-ribu ringgit dan menayangkan gaya hidup mewah di media sosial.

Netizen sokong Zarina berani bersuara

zarina anjoulie sindir artis minta bantuan kerajaan

Rata-rata netizen sokong dengan kenyataan Zarina itu dan memuji dia berani bersuara. Mereka berpendapat  kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wbak C0vd-19.

Terdahulu, penyanyi Black Hanifah berkata lanjutan pelaksanaan PKP sehingga 14 April ini menjejaskan periuk nasi penggiat seni, dan berharap agar kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis sebelum ini sudah banyak membantu negara.  Namun, kenyataannya itu menerima kecaman hebat di media sosial kerana netizen menganggap lebih ramai rakyat yang hidup susah dan daiif di luar  sana memerlukan bantuan berbanding golongan selebriti.

Kredit: Beatifulnara via Studioviralmania
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*