Terbaru, Abu Syafiq Dkwa Tak Dapat RM1 Juta Di Mahkamah Dunia, Dia Akan Tuntut Di Akhirat

Berhubung isu tuntutan ganti rugi berjumlah RM1 juta terhadap pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris, pendakwah kontroversi, Ustaz Abu Syafiq berkata dia dia tetap akan menuntut haknya termasuk di ‘mahkamah akhirat’ jika tidak mendapat keadilan di dunia.

“Berbeza pandangan dalam kerangka hujah dan dalil itu boleh. Namun menfitnah saya atau orang Islam lain adalah dosa besar

demikian jawapan Ustaz Abu Syafiq apabila diminta mengulas isu tuntutan ganti rugi berjumlah RM1 juta terhadap pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris.

“Mahkamah ‘di sana’ (akhirat) kelak, juga saya akan tuntut. Jika tidak di mahkamah dunia, mahkamah akhirat masih ada. Saya akan mengadu ke hadrat Robbul ‘Izzah Tuhan Yang Maha Bijaksana,” katanya kepada Harian Metro

Bagaimanapun Amin enggan meminta maaf dan tidak mahu membayar ganti rugi yang diminta.

Sebaliknya dia turut menyediakan peguam untuk menentang Ustaz Abu Syafiq yang dianggap biadap serta tandus akhlak.

Ustaz Abu Syafiq ketika dihubungi berkata, dia tetap menuntut haknya termasuk di ‘mahkamah akhirat’.

Mahkamah ‘di sana’ (akhirat) kelak, juga saya akan tuntut. Jika tidak di mahkamah dunia, mahkamah akhirat masih ada.

Saya akan mengadu ke hadrat Robbul ‘Izzah Tuhan Yang Maha Bijaksana,” katanya lagi.

Sementara itu, firma guaman NHA Advocates And Solicitors yang mewakili Ustaz Abu Syafiq, mengesahkan anak guamnya sudah memfailkan saman di mahkamah terhadap Amin dan seorang lagi individu kerana memuat naik kenyataan-kenyataan yang memusnahkan jenama peribadi, imej dan reputasinya.

Saman ini difailkan di mahkamah Sesyen Shah Alam dan Kuantan.

Rakan kongsi utama firma guaman ini, Nurul Hafidzah Hassan berkata, Amin dan individu terbabit menerbit dan menyiarkan kenyataan-kenyataan palsu dan fitnah mengenai Ustaz Abu Syafiq.

“Saman itu bertujuan melindungi reputasi Ustaz Abu Syafiq dan supaya kedua-dua defendan bertanggungjawab terhadap kenyataan-kenyatan mereka yang salah dan berbaur fitnah, dan juga untuk membuktikan kebenaran bahawa Ustaz Abu Syafiq tidak bersalah dan tidak melakukan seperti apa yang didakwa oleh Amin dan seorang lagi individu terbabit.

“Sebelum mengambil keputusan untuk menyaman, Ustaz Abu Syafiq sudah berusaha mahu menyelesaikan perkara ini secara baik tetapi Amin  dan seorang lagi individu terbabit enggan meminta maaf kepadanya walaupun sudah membuat kenyataan-kenyataan fitnah di atas talian.

“Ustaz Abu Syafiq sudah cuba meminta supaya kenyataan-kenyataan fitnah dipadamkan dan permohonan maaf dilakukan namun mereka enggan berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, melalui bukti-bukti yang sudah diteliti, mereka mendapati Ustaz Abu Syafiq tidak membuat kenyataan-kenyataan seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak

“Kami juga sedang meneliti beberapa akaun lain yang membuat komen fitnah, “body shaming”, menghina dan lain-lain jenis perlakuan yang melanggar undang-undang untuk di bawa ke muka pengadilan.

“Kami berharap masyarakat lebih celik, peka dan tahu membezakan kritikan dan pendapat berbanding fitnah.

“Raikan perbezaan pendapat. Salah yang bagaimanapun yang kita sangka tidak semestinya ia benar dan ia tidak memberikan lesen untuk memfitnah, memalukan dan melakukan serangan peribadi (personal attack),” katanya

Punca Kejadian Sman Mnyaman

Terdahulu, kes tersebut dikatakan bermula berikutan isu status di Facebook Ustaz Abu Syafiq yang didakwa mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Ustaz Ebit Lew, kemudian akaun Facebooknya dinyahaktif kerana dikatakan telah digodam.

Perkara itu mendapat perhatian Amin Idris yang tampil memberikan teguran di atas tindakan Ustaz Abu Syafiq itu dan rata-rata netizen menyokong dengan apa yang dikatakan oleh Amin Idris.

Susulan itu, Amin Idris memaklumkan dia menerima surat daripada peguam Abu Syafiq menuntut RM1 juta berserta permohonan maaf.

Bagaimanapun Amin enggan meminta maaf dan tidak mahu membayar ganti rugi yang diminta, sebaliknya dia turut menyediakan peguam untuk menentang Ustaz Abu Syafiq.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*