Terkejut Zizan Bila Yang Datang Tengok Polis Evo Semua Berkain Pelikat. Rupa Rupanya ..

UNTUK menghasilkan filem sekuel sememangnya bukan satu tugas yang wajar dipandang mudah.

Apatah lagi, jika filem pertamanya mendapat perhatian cukup meluas dan mencatatkan kutipan pecah panggung luar biasa, ia adalah satu tanggungjawab besar kepada semua pihak terlibat.

Disebabkan itu, filem sekuel selalunya adalah projek yang boleh dikatakan berisiko tinggi atas beberapa faktor terutamanya penerimaan pengkritik dan penonton untuk melihatnya mampu mencapai standard dengan filem pertama.

Jika tidak memiliki premis cerita yang menarik dan jauh lebih baik daripada filem pertama, harapan untuk melihatnya mencatatkan kecemerlangan seperti filem pertama tidak akan menjadi kenyataan.

Sehubungan itu, apabila filem pecah panggung 2015, Polis Evo kembali dengan filem susulannya bermula 22 November lalu, ramai mahu melihatkan ia kembali mencipta fenomena seperti mana tiga tahun lalu.

Benar. Tiada siapa dapat menidakkan populariti filem Polis Evo yang ketika itu menjadi buah mulut masyarakat sehingga melayakkan ia mencatatkan kutipan sebanyak RM17.7 juta.

Bahkan, Polis Evo yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar itu juga dianggap sebagai revolusi penghasilkan filem aksi tempatan yang secara tidak langsung mengubah lanskap filem tempatan secara amnya.

Lalu, apakah filem Polis Evo 2 yang kini sudah mencatatkan kutipan melebihi RM10 juta hanya dalam tempoh seminggu tayangannya, boleh dianggap sebagai salah filem sekuel terbaik di negara ini selepas Munafik 2?

Bersunat Pun Datang Tengok Polis Evo 2? Hebat Betul

Seriuslah, Bersunat Pun Datang Tengok Polis Evo 2? Hebat Betul

Pelakon Zizan Razak terkejut sebaik sahaja mengetahui ada dikalangan peminat yang hadir menonton filem Polis Evo 2 (PE2) merupakan kanak-kanak bersunat.

Zizan mendedahkan perkara itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di Instagram (IG) story miliknya semalam.

Video itu merakamkan gelagat dua kanak-kanak kecil yang memakai kain pelikat baru sahaja selesai menonton filem tersebut.

Difahamkan dua orang kanak-kanak kecil itu baru sahaja bersunat.

“Apa yang best hari ini orang tengok Polis Evo semua okay, yang ini je ha. Bersunat pun datang tengok Polis Evo,” usik Zizan.

Kata-kata Zizan itu kemudiannya mengundang ketawa penonton di dalam panggung.

Hebat bukan penangan Polis Evo 2?

Selain Zizan, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!

Sumber Artikel : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*