Melihat Keadaan Semakin Sesak, Rita Rudaini Persoal SOP di Dalam Masjid ‘Tak Scan mySejahtera ke?’

Sejak Sabtu, negara berdepan bencana banjir lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang apabila air naik berikutan hujan lebat tidak henti pada Jumaat lalu.

Susulan banjir yang berlaku, ada yang berlindung di pusat perlindungan seperti di masjid.

Namun, lain pula cerita tak sedap di dengar apabila ada yang mempersoalkan perkara itu.

“Masa ni kena scan My Sejahtera jugak tak? Kena soal ada vaksin ke taknak vksin masuk masjid? Tanye jerrr,” soalnya.

Sementara itu, Rita turut menyifatkan Tuhan telah memberi pinjaman di bumi-Nya, namun ada yang tidak mahu mengikut perintah.

“Tuhan bagi pinjam bumi Dia, permudahkan apa yang patut..Tapi hangpa buat macam dunia ni hangpa yang punya..

Sampai nak susahkan hidup orang yang taknak menurut kata hangpa,” tulisnya.

Seorang kanak-kanak berjalan melintasi kereta yang ditenggelami air berikutan hujan lebat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 19 DISEMBER 2021.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Rita meluahkan rasa syukur apabila dapat menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Bagaimanapun, menerusi entri itu Rita meluahkan rasa sedikit janggal kerana setiap jemaah perlu menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.

“Pagi ni saya dapat solat Subuh jemaah di masjid. Alhamdulillah, tapi rasa lain bila kena solat jarak. Memang rasa lain,” katanya.

Sementara itu, menerusi tinjauan di sebuah forum hiburan, ada yang mempersoalkan adakah pelakon itu sudah mengambil vksin.

“Dida dah vksin ke? Sebab dia update dia solat kat masjid tadi. Ke ada perubahan SOP sesape je dah boleh masuk,” tulis seorang netizen

Malah, ada yang mengatakan sesetengah masjid membenarkan solat tanpa perlu mendapatkan suntikan vksin.

Dalam pada itu, ada yang mendakwa Rita telah pun mendapatkan suntikan vksin.

“Dia kan dah vksin sis, tapi tak mengaku. Lepas tu acah anti vksin,” dakwa seorang lagi netizen.

Terdahulu, Rita mendakwa dirinya insan terpilih kerana Tuhan membuka matanya untuk menolak pengambilan vksin.

Sebelum ini, Rita berkata dia bukan seorang anti vaskin namun lebih selesa digelar prosafe

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/ri988pr

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*