Tiba Tiba Sajat Tampil Mluahkan Kata Kata Ini “Biasanya Orang Bersinar Ni, Ramai Orang ᴅᴇɴɢᴋɪ..”

Selepas reda kontroversi berkenaan komen pelakon Mawar Rashid seakan ‘backup’ selebriti terkenal Neelofa, timbul pula isu baru melibatkan usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat menyatakan sokongannya.

Pengasas kosmetik penuh kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat tampil menyatakan sokongan penuh buat selebriti terkenal, Noor Neelofa.

Ujar Sajat, dia merasakan Neelofa sebagai seorang individu yang kuat dan tabah meskipun terhimpit dengan pelbagai isu dan kontroversi.

Sentiasa sokong Neelofa

Sajat dilihat telah berkongsikan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya di mana dia turut memuji Neelofa kerana tidak pernah melihat figura itu mencaci dan mengata orang lain.

Ramai yang ‘ᴅᴇɴɢᴋɪ’ dengan Neelofa

“Wanita sangat kuat walaupun banyak yang orang kecam beliau, biasanya orang bersinar ini, pasti ramai yang ᴅᴇɴɢᴋɪ..saya tak pernah tengok beliau mengata orang malah dia sangat buat hal diri sendiri saja..”

Dalam pada itu, lelaki itu turut menyifatkan Neelofa sebagai individu yang kuat dan wajar dikagumi oleh orang ramai.

Tulis Sajat lagi, dia juga merindukan saat bertentang mata dengan Neelofa kira-kira enam tahun yang lalu dan akan sentiasa menyokong pengusaha tudung jenama Naelofar itu.

Pada masa yang sama, Sajat turut memberi pendapat bahawa Neelofa adalah seorang yang baik.

“Mengenali Neelofa seorang sangat baik. Rindu time ikut Circle Makeup Artist mekapkan Neelofa 6 tahun lepas adalah kenangan saya bertemu ‘live’ bersama Neelofa.

“Sis! We are always support you. Hidup Neelofa!,” tulisnya lagi.

Untuk makluman, setelah perbicaraan selesai pemilik nama Noor Neelofa Mohd Nor dan Haris Ismail mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Pihak mahkamah membenarkan Muhammad Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Noor Neelofa diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes.

Sumber: Instagram Sajat

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*