TMJ Hari Hari Bangun Pagi Harap Apa Dia Agak Tidak Akan Jadi Kenyataan Tetapi Hari Hari Apa Dia Agak Mesti Betul

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan perlu mula mentadbir, berhenti berperang antara satu sama lain dan berhenti mempolitikkan setiap isu.

Titah Tunku Ismail, baginda akan terus konsisten dan berpegang teguh dengan prinsipnya menyuarakan pendapat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi kesejahteraan rakyat.

Baginda bertitah, semua orang membuat kesilapan selain meminta semua mengimbas kembali tahun 2018 dan meminta maaf atas kesilapan-kesilapan.

Ini Kata Kata TMJ Sepenuhnya

MAAFKAN SAYA

Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya. Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah. Tetapi, mereka tetap membuktikan saya betul. Saya lakukan perkara yang sama dengan kerajaan lama. Dan saya sedang lakukan perkara yang sama pada masa ini.

Tiada beza. Sekadar mahukan yang terbaik untuk rakyat. Sesetengah mungkin tidak suka apa yang saya katakan tapi itulah cabarannya. Untuk terus bersuara demi rakyat yang tidak dapat menyuarakannya. Biarkan saya menjadi musuh anda No.1 sekiranya perlu.

Saya konsisten dan tegas dengan prinsip saya. Tolong… Tolonglah mulai mentadbir. Tolong berhenti berperang antara satu sama lain, Tolong berhenti mempolitikkan setiap isu. Kadang kala saya salah. Semua orang membuat kesilapan. Untuk kesilapan yang saya buat, saya memohon maaf. Saya fikir kita semua harus mengimbas kembali tahun 2018 dan meminta maaf atas kesilapan-kesilapan.

Kini sudah 2019, ayuh kita lakukan yang sepatutnya sekarang. Ayuh kita kurangkan berpolitik. Ayuh kita kurang mempopularkan apa yang ada di media sosial. Ayuh kita melakukan keputusan yang lebih baik. Ayuh kita bekerjasama dan menghormati ruang dan tugas masing-masing. Ayuh kita berkhidmat kepada rakyat dan melaksanakan yang terbaik untuk negara kita.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*