Ummi Nazeera Malu Bila Lihat Penyokong Harimau Malaya Buat Sesuatu Yang Memalukan

PELAKON Ummi Nazeera kesal dengan sikap segelintir penyokong pasukan Harimau Malaya ketika menyaksikan final pertama Piala Suzuki AFF 2018 Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ummi, 28, atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin berkata, antara perkara berlaku depan matanya adalah penonton membaling barang, merokok, merokok elektronik (vape) dan wujudnya ulat tiket.

EMOSI BALING BARANG?

“Saya nampak dua kali penonton Malaysia baling barang ke arah padang bila emosi. Sangat sedih dan malu dengan tindakan tindakan mereka yang tak bertanggungjawab. Tidakkah mereka terfikir kalau terkena kepala budak, ibu mengandung atau mencederakan sesiapa. Tolong jangan pentingkan diri. Kasihan abang penjaga padang kena menghadap perangai sebegini. Nasib baik tak kena mereka.

JENIS TAK HORMAT ORANG

“Ada juga yang merokok dan ‘vape’ sebaris dengan ibu mengandung. Malah, ada juga yang duduk di tangga dan langsung tak nak bangun untuk beri laluan kepada penonton yang nak ke tandas. Sehingga ada yang terpaksa menjerit ‘tolong bagi jalan’. Ketika itu waktu rehat bukannya waktu perlawanan pun.

SESUATU PELIK TERJADI DI PINTU MASUK STADIUM

“Sewaktu nak masuk stadium, adik yang menjaga tiket ambil tiket kami sambil beri isyarat tangan suruh ‘masuk’. Saya dan rakan cakap itu tiket kami. Dia beritahu tak mengapa dan suruh masuk saja tanpa mengoyak tiket seolah-olah boleh dijual balik. Selepas bertegas dan saya mahukan tiket itu, baru dia koyak. Saya tak tahu apa motif sebenar tetapi kalau dijual balik saya berharap pihak terbabit kena ambil serius perkara ini,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ummi yang juga pelakon filem Gol & Gincu Volume 2 turut menyelar tindakan pengguna laman sosial yang mengatakan dia mendapat tiket percuma.

GUNA DUIT SENDIRI BUKAN DI SPONSOR

“Sejak perlawanan kumpulan lagi saya dan rakan sudah pergi ke stadium menyokong Harimau Malaya. Sejak itu ramai yang fitnah kami ditaja oleh Yang Berhormat. Sedangkan kami guna duit sendiri. Setiap sen yg digunakan adalah titik peluh kami. Alhamdulillah, tak ada ‘cable’ atau kroni yang terbabit. Saya ada bukti.

“Ramai yang tulis ‘bangsa final’ di IG saya dan rakan. Tolong tengok status dimuat naik sebelum ini. Kalau betul pun ada yang datang untuk final saja, apa salahnya. Lagi bagus sebab kita sama-sama sokong Harimau Malaya yang mewakili Malaysia.

“Jangan busuk hati tengok orang lain dapat lebih. Dalam Islam kita diajar untuk doakan mereka yang dapat apa dimahukan. Dan malaikat mengaminkan doa kita sambil mendoakan yang sama buat yang mendoakan,” katanya lagi.

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*