[VlDEO] ‘Jangan cakap bukan-bukan tentang isteri saya..’ Shuk ‘Sound’ Netizen

Pengacara dan pelawak Shuk Sahar memohon wargamaya menghentikan kecamman terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera hanya kerana dia membuat review berbayar di laman sosial Instagram.

Menerusi laporan Gempak, Shuk mengakui walaupun Sera membuat review berbayar ketika isu rumah tangga mereka sedang hangat diperkatakan, namun apa yang berlaku adalah masaIahh peribadi dan tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan pekerjaan dilakukan isteri.

“Masalah rumah tngga dan kerja tidak sepatutnya dicampur adukkan. Isteri saya ada hak untuk meneruskan kerja-kerja yang dilakukan.

“Wargamaya tidak sepatutnya menyalahkan isteri saya kerana dia bekerja. Dia menjalankan amanah dan tanggung jawab diberikan untuk semua paid review tersebut.

“Saya merayu agar berhenti cakap dan menuduh isteri saya bukan-bukan,” katanya.

Bagaimanapun Shuk ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai isu melibatkan dirinya dan Sera termasuk status terkini mereka, suami isteri.

“Kalau boleh saya tidak mahu lagi bercakap tentang perkara yang sudah lepas. Saya hanya pandang ke hadapan dan fokus dengan rumah tangga, isteri dan anak-anak kami.

“Status terkini kami, hanya ucapan terima kasih mampu saya ucapkan di atas doa-doa kalian yang mahu melihat rumah tangga kami kembali pulih.

“Kepada yang mengejii dan menghiina saya juga…Terima kasih buat kalian,” katanya positif.

Terdahulu, Shuk telah memuat naik sepotong video bertemu anak-anaknyaNur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, berusia setahun untuk melepas rindu.

Menerusi hantaran tersebut Shuk mengucapkan rasa syukur kerana dapat berjumpa anak-anak dan mengakui sangat merindui keluarganya.

“Harini dapat jumpa anak-anak sekali lagi guys..Nanti lepas PKP kita pergi jalan-jalan tau..Sekarang ni tak dapat nak jalan-jalan sebab PKP.

“Sebenarnya rindu sangat kat keluarga dan anak-anak saya ni. Bila dapat jumpa macam ni pun dah ok sebenarnya..Harap korang dapat doakan kebahagian kami dan semoga semuanya kekal sampai ke syurga,” tulisnya.

Kisah rumahtangga Shuk dan isteri sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila isterinya sendiri memuat naik beberapa foto dan video yang mengaitkan Shuk dengan wanita lain menerusi laman Instagram.

SUMBER/KREDIT:yoy network

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*