Saya Sebenarnya Tak Sehebat Mana, Masuk Bertanding Cuba Nasib Saja. Wann Akhirnya Tersingkir

” Bunda mau tanya apa kehebatan kamu sehingga kamu bisa masuk sampai ke final?” tanya juri Hetty Koes Endang

Soalan itu kemudian dijawab penyanyi Wann ” Oh saya sebenarnya tak sehebat mana, tapi saya cuma masuk bertanding dan cuma nasib sahaja”

Terdahulu perjuangan dua peserta iaitu Wann dan Noorshila Amin berakhir apabila diumumkan gagal untuk bertanding ke peringkat final program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) minggu hadapan.

Dua peserta itu menerima markah tercorot ketika membuat persembahan pada minggu ke 10 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Manakala enam peserta yang layak ke final terdiri daripada Hady Mirza, Naqiu Boboy, One Nation Emcees, Nurfatima, Jatt dan Sham Visa.

Pada pertandingan minggu ini, kesemua peserta diberi dua tugasan menyanyikan lagu solo dan duet bersama artis jemputan.

Sementara itu, juri profesional, Hetty Koes Endang yang diminta mengulas penyingkiran Wann menyifatkan peserta itu memberi persembahan kurang memuaskan.

Kata Hatty, Wann kurang versatil dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan daripada minggu lalu serta gagal memberi persembahan secara menyeluruh.

” Kami inginkan sesuatu yang lebih daripada kamu, apa kehebatan kamu sehingga dapat masuk ke peringkat ini?

” Persembahan masih mendatar malah kurang versatil,” kata Hetty

Sementara itu Datuk M. Nasir turut memberi komen di atas nyanyian Wann tersebut yang beliau sifatkan mempunyai sedikit saja kesalahan dan persembahan sederhana.

” Kononnya saya datang nak mencari kesalahan..ada lah sikit-sikit. Tapi kerana lagu ini mudah dan saya tak nampak ‘woww’ itu. The woww factor itu tiada. Okay sahaja (persembahan), sederhana”, komen M. Nasir.

Manakala, Noorshila pula gagal menyampaikan lagu Dialah Di Hati bersama Ifa Raziah secara harmoni malah kelihatan seperti bersaing dengan pasangannya itu.

” Lagu duet yang kamu nyanyikan kelihatan seperti segmen battle song, justeru ia kedengaran tidak harmoni.

” Malah lagu solo yang kamu sampaikan sedikit terganggu apabila tempo nyanyian sedikit lari daripada sepatutnya,” kata Datuk Ramli MS.

Manakala Hady Mirza mengungguli carta dengan 82 peratus markah, Naqiu (77 peratus) dan One Nation Emcess (71 peratus). Nurfatima pula berada di tangga keempat dengan 67 peratus, Jatt (61 peratus) dan Sham Visa (60 peratus).

Kesemua peserta diadili oleh dua orang juri profesional iaitu Datuk Ramli dan MS Hetty Koes Endang manakala penyanyi dan komposer terkenal Datuk M. Nasir tampil sebagai juri jemputan.

Juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala naib juara bakal membawa pulang RM50,000 dan RM30,00 buat pemenang tempat ketiga.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar via malaysia united

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*