Wany Hasrita Putus Cinta! Ini Yang Wany Buat Selepas Dia Dah Tiada Hubungan Dengan Lelaki Itu

Penyanyi Wany Hasrita berkongsi langkah yang diambil untuk meneruskan kehidupan selepas mengharungi fasa putus cinta.

Kata Wany, dia tidak lagi mengikuti individu tersebut di media sosial.

“ Saya akan ‘unfollow’ dia di media sosial sebab dekat situ akan nampak setiap aktiviti yang dikongsikan.

“ Sedih memang sedih. Tapi selepas sebulan saya akan okey dan meneruskan kehidupan macam biasa,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Terlalu Memuja menyatakan perkahwinan adalah sebuah perkara yang perlu dititikberatkan.

KAHWIN BUKAN PERKARA YANG PATUT DIAMBIL MUDAH

“ Kahwin tu bukan benda kecil. Untuk golongan wanita dia adalah isu yang besar.

“ Sebab bila dah kahwin, dia akan jadi hak suami sepenuhnya.

“ Bagi saya, perempuan yang paling malang adalah bila dia tersalah pilih suami.

“ Jadi bila tersalah pilih suami semuanya berakhir,” katanya lagi.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah program gaya hidup, Trek Selebriti yang dimuat naik di Youtube Kaki Sembang Studios.

Trek Selebriti yang dihoskan oleh Alif Farhan itu ditayangkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria ​(123).

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*