Zizan Razak Kongsi Gambar Rambut Kembang Zaman Remaja. Tiba Tiba Neelofa Masuk Komen Gambar Tersebut

Pelawak dan pelakon Zizan Razak menjadi perhatian netizen selepas berkongsi foto zaman mudanya.

Foto yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu disertakan juga dengan kapsyen lucu. Kata Zizan wajahnya mirip dengan penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie.

“ Pengganti @ayieelhamf88 sudah ditemui. Penyanyi baru ini dikenali sebagai Ayam dan mungkin juga nama kumpulan Floor 88 akan ditukar nama kepada Basement 88 ini supaya tidak mengelirukan peminat.

“ Dan Basement 88 sekarang sedang sibuk merakam lagu baru mereka yang berjudul “setan hutang aku bila nak bayar hanat?!” Dan diharap semua peminat sabar menanti kemunculan kumpulan berbakat besar ini. #basement88 #floor88,” tulisnya

Ternyata foto tersebut mengundang tawa netizen yang rata-ratanya memberikan komen mengusik.

“ Tu rambut ke mop lantai?” komen @niksyfiqul_

“ Nak gelak cam dosa hahahahah tapi dah gelak ahahahahah,” tulis @ain.nabilaa

NEELOFA DAN ARTIS LAIN PUN MASUK KOMEN SEKALI

Selain netizen, foto tersebut juga turut mendapat komen rakan selebriti.

“ Kalau tonggengkan ke bawah dah sebijik penyapu,” – Zulin Aziz

“ Hahahahhahahahahahahhahaha sapa hati post gamba ni!” – Neelofa

Dalam perkembangan lain, Zizan kini sedang menjalani penggambaran untuk filem terbaru, Polis Evo 3.

Haha! Tak leh blah betul zizan .. kalau asal pelawak memang 24 jam akan buat lawak je .. hehe!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:GEMPAK DOT COM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*