Selepas Sarung Cincin Tunang, Tindakan Bakal Mak Mertua Ini Mencuit Hati Netizen

Pertunangan merupakan satu fasa sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dalam masyarakat Melayu, bertunang itu adalah simbolik bahawa gadis tersebut sudah mempunyai bakal suami dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Bertunang juga boleh dianggap sebagai proses perkenalan antara lelaki dan perempuan. Oleh sebab itu bertunang sangat disarankan oleh setiap pasangan yang ingin ke fasa berumah tangga.

Selain sudah mengenali sepenuhnya pasangan yang ingin dinikahi, mendapat bakal keluarga mertua yang baik dan menyayangi  juga adalah satu rezeki.

Bakal mertua yang cium tangan

Menerusi satu video tular di media sosial berkenaan majlis pertunangan, seorang ibu dilihat begitu gembira apabila dapat menyarungkan cincin di tangan pilihan hati anak terunanya.

Video tersebut kelihatan begitu ikhlas kerana ibu pemuda tersebut secara spontan mencium tangan tunang anaknya.

Muat naik yang dilakukan oleh Salmann Adnan ini telah mendapat perhatian banyak pihak ekoran reaksi spontan ibunya yang ternampak sangat gembira dan menerima pilihan hatinya.

Bukan senang dapat mak mertua macam ni

Muat naik tersebut telah dikongsikan semula oleh laman Facebook Viral Media Johor dan mendapat perhatian daripada ramai pengguna kerana berasa begitu terharu atas penerimaan bakal ibu mertua hingga mencium tangan gadis itu.

Comel sangat mereka ni

Sehubungan dengan hal tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif diatas tindakan spontan ibu kepada Salman itu.

Sebahagian daripada mereka juga berharap agar dikurniakan keluarga mertua yang sangat menerima kehadiran menantu dan menzahirkan rasa sayang sama seperti anak sendiri.

Moga berkekalan kebahagiaan itu

Jenis lembut dan penyayang bakal mertua dia

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber :Rimbabara

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*