31 Peserta Hlmpunan Kenang K0rban C0vid Diangkut P0lis? Sekali Bakal PM Mula Bersuara

Seramai 31 orang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam ini selepas diarahkan bersurai daripada perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.

Ia dibuat sebagai memperingati korban Covid-19. Untuk rekod setakat ini seramai 13,480 orang meninggal dunia akibat wabak tersebut, termasuk 178 orang untuk hari ini saja.

Kebanyakan mereka yang ditahan kelihatan diseret ke lori Black Maria polis yang menunggu tidak jauh dari situ selepas berlaku pertengkaran di antara peserta perhimpunan dengan anggota keselamatan.

Peserta terbabit kedengaran berkali-kali meminta polis menyatakan sama ada mereka ditahan atau sebaliknya namun ia tidak dilayan.

Polis kemudian bertindak menarik peserta perhimpunan dan mana yang enggan kerana bertegas mahu tahu sama ada mereka ditahan atau tidak, kemudian diangkat anggota keselamatan terbabit.

Seramai 17 lelaki dan 14 wanita – termasuk dari kumpulan Sekretariat Solidariti Rakyat yang menganjurkan himpunan #Lawan baru-baru ini – ditahan. Kebanyakan mereka adalah belia.

Sekumpulan besar anggota polis mula bersiap sedia di kawasan berkenaan seawal jam 8 malam ketika peserta mula berkumpul.

Peserta terbabit sempat berkumpul sambil membawa sepanduk dan plakad termasuk bertulis angka 13,480 yang merujuk kepada jumlah korban Covid-19 setakat ini.

Polis mula menghentikan himpunan berkenaan selepas aktivis SSR, Ashraf Sharafi, selesai membacakan kenyataan yang dibuat kumpulan anak muda itu kira-kira jam 8.30 malam.

Turut hadir di situ ialah aktivis muda lain seperti Mohammad Abdullah Al-Shatry, Qyira Yusri, Wong Yan Ke dan sekurang-kurangnya enam pemuda Parti Sosialis Malaysia

Awalnya polis meminta mereka memberikan kad pengenalan masing-masing dan kemudian merampasnya

Beberapa anggota kedengaran memberitahu peserta himpunan agar mengikut mereka ke IPD Dang Wangi untuk “proses dokumentasi”.

Dalam pada itu, ketua pembangkang tidak bersetuju dengan tindakan P0lis tersebut

“Saya gesa mereka dibebaskan dengan kadar segera. Jangan tan.gkap mereka dan jangan intimidasi. Harus beri ruang untuk acara secara aman.”

Rata-rata netizan meng3cam kenyataan Anwar tersebut di kala Malaysia masih lagi bergelut dengan pand3mik C0vid

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: https://www.utusan.com.my/ via berita semasa

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*