Bank NegaraUmum M0ratorium Aut0matik Dibuka. Ini 3 Cara Nak Bagi Cepat Dan Mudah

Kuala Lumpur: Mulai esok, semua peminjam yang berhasrat memohon moratorium boleh berbuat demikian dan tiada d.okumen sokongan diperlukan.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan hari ini berkata, peminjam sama ada individu, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tidak perlu b.imbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan d.okumen sokongan tidak diperlukan.

“Kelulusan akan diberikan secara a.utomatik. Selain moratorium, bank-bank juga akan menawarkan pengurangan bayaran ansuran dan pakej-pakej lain, termasuk penjadualan semula dan penstrukturan semula pembiayaan yang sesuai dengan kedudukan kewangan khusus peminjam.

“Peminjam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui borang web atau e-mel automatik yang akan tersedia menerusi laman sesawang bank-bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka.

“Peminjam juga boleh menghubungi bank mereka melalui telefon dan panduan akan diberikan oleh
pegawai khidmat pelanggan.

“Jika peminjam tidak dapat menggunakan saluran digital, mereka juga boleh mengunjungi cawangan bank untuk menghantar permohonan moratorium,” katanya.

Menurut BNM, peminjam perlu memahami bahawa dengan mengambil b.antuan bayaran balik pinjaman, k.os pinjaman akan meningkat secara keseluruhan kerana f.aedah dan keuntungan akan terus terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

“Bank-bank dikehendaki memberikan penerangan kepada peminjam mengenai kesan pengambilan b.antuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.

“Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium, hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman
mereka menjadi lebih panjang.

“Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan (iaitu faedah atau keuntungan terkompaun atau apa-apa faedah serta keuntungan penalti sepanjang tempoh b.antuan,” katanya.

Dalam pada itu, b.antuan bayaran balik pinjaman ini ditawarkan untuk pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021 dan ketika permohonan dibuat, peminjam tidak mempunyai ansuran tertunggak melebihi 90 hari atau berhadapan dengan prosiding bankrap atau penggulungan (bank.ruptcy/w.inding).

BNM berkata, peminjam yang sudah berada dalam program b.antuan bayaran balik pinjaman dan membayar balik pembiayaan mereka mengikut terma program terbabit juga boleh memohon moratorium ini.

Peminjam individu dan PKS yang mempunyai tung.gakan bayaran balik pinjaman melebihi 90 hari dinasihati supaya menghubungi Agensi K.aunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan b.antuan bayaran balik pinjaman yang sesuai dan khidmat n.asihat kewangan secara percuma.

3 Cara Cepat Dan Mudah

Sumber/Kredit: HM/BNM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*