Mengejutkan! Adik Sajat Beritahu Sesuatu Berikutan Kedudukan Dan Keadaan Sajat Waktu Ini

Sebut sahaja nama Sajatt, ramai tahu bahawa usahawan kosmetik tersebut masih gagal dijejaki oleh pihak berkuasa walaupun masih aktif berkongsi gambar di Instagram.

Bagaimanapun, ketika ramai yang mempersoalkan keberadaan pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu, adiknya Mustika menarik perhatian ramai dengan vdeo parodi Sajat yang tular di aplikasi TikTok.

Penat layan pertanyaan netizan

Memetik tembubual bersama pihak mStar, wanita bernama Nur Mustika Kamaruzzaman terbabit mengakui penat melayan segala pertanyaan netizan tentang ja.ntina Sajat.

“Memang penat nak jawab soalan macam ni, sejak Sajatt famous yang paling terkesan nak menjawab soalan itu adalah saya sebab muka kami serupa.

“Orang sampai tak tahu yang Sajat ada adik-beradik lain sebab muka mereka tak sama macam saya,” ujarnya kepada mStar.

Sajatt sebenarnya seorang pendiam

Mesra disapa Ika, wanita itu turut mendedahhkan peribadi sebenar Sajat yang berbeza dari apa yang ditampilkan di laman sos/ial iaitu dia disifatkan sebagai seorang yang pendiam.

“Dia diam dan jenis yang memerhati. Bila dia bercakap jadi kelakar sebab dia bukan seorang yang ‘talkative’. Dia banyak berfikir,” ujarnya lagi.

Keluarga tak tahu Sajatt di mana

Dalam pada itu, apabila disoal tentang kedudukan abangnya yang masih menjadi misteri, Mustika mengakui bahawa dia sendiri tidak mengetahui perihal Sajatt.

“Saya tak tahu fasal Sajatt dan kalau boleh tak nak ambil tahu, bukan sebab tak kisah pasal dia… tetapi saya ada kehidupan saya sendiri.

“Apa yang dia tengah lalui itu terlalu besar, mungkin hanya dia sahaja yang boleh selesaikan. Kuat dia tu kan? Kalau fikir balik, saya pun tak kuat macam dia,” katanya.

Kesian anak2 Sajatt, lama tak jumpa

Bercerita tentang keadaan anak angkat Sajatt iaitu pasangan kembar Syaza dan Syahmi, Mustika meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak berkenaan yang sudah lama tidak bertemu dengan Sajat.

Tonton video penuh:

“Ika kesian dengan anak-anak dia. Disebabkan muka Ika macam dia, anak dia tengok je Ika tau. Lama dah tak jumpa Sajat. Terhuyung-hayang dia, dengan siapa dia nak bermanja?” luahnya penuh emosi.

Baru-baru ini, Mustika juga ada berkongsi video bersama salah seorang anak Sajatt bernama Syaza di aplikasi TikTok. Ternyata perkongsian tersebut mengundang sebak dalam kalangan netizan yang simpati dengan nasib kanak-kanak itu.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram mStar, rata-rata netizan mendoakan agar Sajatt menyerah diri kembali pulang ke pangkuan keluarga.

Dalam pada itu, ada juga yang memuji kecantikan adiknya itu.

Baliklah Sajatt, kesian kat orang sekeliling kau

Sebagai adik dia tak menghakimi tapi mendoakan abang dia

Seteruk2 Sajatt, dia pandai jaga anak.. Jangan nampak keburukan je

Kalau sayangkan anak, serahlah diri Sajatt

Cantiknya adik Sajatt ni

Terdahulu, video Mustika menjadi tular di aplikasi TikTok apabila dia menggunakan audio suara Sajat sebagai parodi.

Malah ramai juga yang berasa agak keliru kerana wanita itu dibayangi perwatakan Sajat berikutan wajah adik-beradik tersebut dilihat sangat mirip.

Sumber OMM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*