Akhlrnya, Ini Senarai Bintang Pr0gram GegarVaganza. Ramai TerkejutTeng0k Senarai Berkumpulan

Program realiti paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza muncul kembali untuk musim kelapan.

Bakal membuka tirai menerusi tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’, pentas berprestij Gegar Vaganza lapan GV8 akan menjadi medan penentu bagi 13 pesaing utama.

Pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz Singapura.

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam GV8 ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil Indonesia.

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek dan Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

Untuk makluman, GV8 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional.

Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Paling menarik, guru vokal popular, Datuk Syafinaz Selamat sah sertai Datuk Ramli MS Tok Ram dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

Terdiri daripada Ayai Ilusi GV1, Siti Nordiana GV2, Azharina GV3, Aishah GV4, Noryn Aziz GV5, Naqiu dan Hady Mirza GV6 serta Cliff Umar GV8.

Dalam pada itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro Raqim Ahmad akui keampuhan populariti dan kredibiliti jenama GV kini semakin matang.

Mengimbas kembali perjalanan program ini sewaktu mula diperkenalkan sekitar tahun 2014, matlamat utama kami ialah untuk menyediakan platform penjenamaan semula bagi para penghibur berpengalaman yang pernah merasai era kegemilangan suatu ketika dahulu sekaligus membuka lembaran baharu dalam kembara seni mereka.

Inisiatif yang dirintis telah berkembang dan terbukti berjaya meletakkan GV sebagai pencetus fenomena sosial yang mempunyai kekuatan dan impak tersendiri untuk mempengaruhi kecenderungan peminat saban tahun.

Persaingan 13 bintang dari tiga negara serumpun merupakan antara tarikan utama GV8 pada kali ini. Selain itu, kami turut melantik tiga juri tetap yang memiliki reputasi luar biasa dan cukup disegani di kalangan penggiat seni berbanding hanya dua orang sahaja sebelum ini.

Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku penaja bersama.

Reaksi Orang Ramai

SUMBER/KREDIT : Astro via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*