Lelaki Akui Tak Tahan Ex-Wife Suka Naik Tangan, Nafi Buku Klinik Punca Berpisah?

Beberapa hari lepas, tular sebuah video di TkT0k tentang kisah tragls seorang wanita yang cuba menamatkan rlwayatnya gara-gara dijatuhkan talak sewaktu masih dalam pan’tang. Mujur berjaya diselamatkan pihak bomba, inslden dipercayai tercetus apabila dia dilema memikirkan bagaimana mahu asuh 3 anak kecil sendirian termasuklah bayi berusia 17 hari.

Wanita dkwa ditalak ketika berpantang hanya sebab suami tak puas hati buku klinik koyak

Di samping itu, dia tertekan mengenai soal bil utiliti dan sewa rumah memandangkan selama ini bergantung pada bekas suaminya. Terdahulu, wanita berusia 26 tahun tersebut mendakwa tindakannya menegur lelaki tersebut biarkan buku temu janji klinik terkoyak menjadi punca perpisahan mereka. Namun susulan kejadian tersebut, dia tidak mahu mengenang kisah lalu serta merancang untuk membuat buku yang baru demi anak-anak.

Bekas suami tampil bersihkan nama…sebaliknya tak tahan ex-wife selalu naik tangan

Namun baru-baru ini pula, bekas suaminya tampil menafikan punca perpisahan tersebut. Sebaliknya, lelaki berusia 30-an itu memaklumkan bahawa sudah tidak tahan dengan sikap ex-wife yang mudah naik tangan setiap kali berlakunya perselisihan faham.

Hanya dia & bekas isteri saja tahu apa sebenarnya yang berlaku

Selepas video tersebut menjadi tular, dia akui cukup terkesan apabila netizen menggambarkan dirinya langsung tidak bertanggungjawab susulan dengar cerita daripada sebelah pihak sahaja. Justeru, kenyataan media hari ini dibuat bagi membersihkan kembali namanya. Meskipun cuma dirinya dan bekas isteri saja yang tahu ‘kisah sebenar’, namun lelaki ini akui tetap menyayangi ketiga-tiga anaknya. Dia turut membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

SUMBER/KREDIT: Sinarharian via kis4hdunia

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*