Alhamdullilah, BantuanRumah RM480 Diberlkan. Ini Cara Nak M0hon Dan Semakan

Insentif i-Suri KWSP yang diperkenalkan pada 2018 telah memberi manfaat kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana suri rumah diberikan bantuan dalam bentuk skim KSWP sama seperti ahli lain yang bekerja.

Kini suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kem.atian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai insentif i-Suri beserta cara untuk membuat pendaftaran dan semak status kelayakan bantuan suri rumah.

INSENTIF ISURI KWSP

Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ICU, JPM dan Kementerian Kewangan MOF.

Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada Ogos 2018 dan telah mula berkuatkuasa pada tahun tersebut yang dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Skim ini adalah skim bantuan bagi menggalakkan para suri rumah untuk mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa m.usibah seperti penc.eraian, kem.atian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

FAEDAH I-SURI

Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200 pada tahun 2018, dan RM 480 pada setiap tahun yang berikutnya.

Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Menerima dividen tahunan KWSP. Bantuan Kem.atian: RM2,500 dan Bantuan hilang upaya.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu suri rumah penuhi untuk membuat pendaftaran Bantuan Suri Rumah i-Suri.

Warganegara Malaysia

Belum mencapai umur 60 tahun dan golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kem.iskinan Nasional eKasih setakat 30 November 2019.

Isteri kepada Ketua Isi Rumah KIR atau Wanita KIR. Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa. Jika telah berdaftar dengan Insentif Persaraan i-Saraan, anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru i-Suri.

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM

Individu yang boleh mencarum adalah, suami kepada pasangan yang layak, suri rumah isteri.

CARA PENDAFTARAN SKIM I-SURI

Gambar KWSP

Pendaftaran boleh dibuat oleh kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih. Pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-Suri boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.

KAEDAH PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank.

Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

BAGAIMANA SUMBANGAN KERAJAAN DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN KWSP

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP pencarum sebanyak 2 kali bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember setiap tahun.

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan seperti berikut. Akaun 1 dan Akaun 2, peserta yang berumur bawah 55 tahun. Akaun Emas, peserta yang berumur 55 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai caruman suri rumah, i-Suri KWSP, anda boleh layari laman rasmi KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan.

SUMBER/KREDIT : KWSP/Edu

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*