Aliff Syukri Terasa Hati Dngan Zizan – “Zizan Tak Patut Buat Saya Macam ltu, Apa Salah dan Kurang Saya?”

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya terasa hati dengan pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak yang did4kwa mempertikaikan niatnya sebagai calon Perdana Menteri (PM) baharu.

Menerusi Instagram Live, pelawak tersebut meminta Aliff membuat dem0nstrasi sebagai PM sambil membahaskan isu berkenaan yang ditonton ribuan peminat masing-masing.

Namun, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu terpaksa menghentikan live tersebut dengan serta merta sementelah hatinya terluk4 dengan kenyataan yang dilemparkan Zizan yang tidak dapat diterimanya.

Maaf Saya Terasa

“Sepatutnya kau sudah tahu aku ini calon untuk menjadi PM. Aku kecew4lah dengan kau Zizan, minta maaf. Maaf awak, sebab itu saya matikan sahaja live tadi.

“Hati saya terluka kerana pada awalnya dia okey sahaja menyokong untuk menjadi calon PM, saya gembira sangat.

“Namun, pada hujung-hujung live, saya amat sed1h kerana ayat dia buat saya terluk4. Hanya orang yang menonton live itu sahaja mengetahui apa yang saya rasa,” luahnya di Instagram.

Menerusi perkongsian yang berbeza, walaupun Aliff dilihat masih tidak berpuas hati dengan pelawak berkenaan, namun dia tidak berputus asa untuk menjadi pemimpin negara.

“Saya perlu kuat untuk menjadi pemimpin negara. Bagi saya, Zizan tidak patut buat saya macam itu, apa salah dan kurang saya, awak?” tulisnya.

Saya kena kuat utk menjadi peminpin negara

Sehubungan itu, Zizan tampil membuat permohonan maaf kepada Aliff sekaligus memberi nasihat kepadanya apa yang perlu dilakukan untuk menyandang jawatan besar itu.

Sebelum ini, Aliff menyatakan hasratnya untuk memohon jawatan Perdana Menteri ke-9 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dia telah memuat naik satu boring permohonan jawatan tersebut yang lengkap diisi mengenai butiran peribadinya.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: https://www.utusan.com.my/ via berita semasa

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*