“Pandu Kereta Pun, Mengaji..??” – Bella Astillah

PETALING JAYA – Selari dengan perubahan positif suaminya, Aliff Aziz, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah juga dalam proses untuk mendekati agama secara lebih mendalam.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, berkata, hampir setiap hari dia mengikuti kelas agama bersama rakan-rakan artis yang lain termasuk Amyra Rosli, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay.

“Saya mendapat tunjuk ajar kelas agama daripada Salima Habibi bersama rakan-rakan artis wanita lain.

“Kami ada grup dan akan sentiasa cari masa untuk belajar ilmu agama. Macam saya tengah bawa kereta pun, tetap akan mengaji. Walaupun Amyra Rosli tengah shooting, tengah berhenti ‘make up’, dia sama (mengaji).

“Jadi, kita nampak usaha semua orang. Sebenarnya, semua bermula daripada ‘zero’ di mana kita mula (belajar) daripada ‘alif ba ta’ sebab nak perbaiki sebutan dan perkara itu bagus. Orang cakap, semua sama level (peringkat),” kata Bella, 27, ketika ditemui media pada majlis memperkenalkan 13 peserta Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) di ibu negara.

Aliff merupakan seorang daripada 13 peserta yang akan berentap dalam program realiti nombor satu tanah air tersebut yang akan mula bersiaran 21 November ini.

Ditanya tentang penerimaannya sebagai seorang isteri apabila suami yang berada pada fasa mendekatkan diri kepada agama tetapi membuat keputusan untuk kembali aktif dalam dunia hiburan dengan menyertai GV8, Bella memandang situasi tersebut dari sudut positif.

“Sepanjang kenal Aliff dari usia 18 tahun, saya tak pernah tengok perubahan dirinya sampai tahap sekarang. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi saya sangat gembira dengan dirinya.

“Aliff masuk GV8 dengan niat untuk buat kemunculan semula sebagai seorang penyanyi. Benda ini tak ganggu pun apa yang dia buat sekarang (belajar agama). Insya-Allah, saya bagi sokongan dan semangat.

“Saya tahu orang akan cakap itu ini tapi kita tak boleh puaskan hati semua orang. Sebagai isteri, saya tahu dia sedang buat yang terbaik bukan orang orang lain tetapi dirinya sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff beberapa kali terpalit beberapa kontr0versi yang turut mengg4ngu-gugat keharmonian rumah tangganya dengan isteri dan mencal4rkan reputasinya sebagai seorang anak seni.

Sejak akhir-akhir ini, pelantun lagu Sayang Sayang itu bagaimanapun menunjukkan perubahan positif terutama tatkala p4ndem1k C0v1d-19 apabila acapkali dilihat menyertai jemaah t4bligh bagi tujuan mendekatkan diri dengan agama.

SUMBER/KREDIT : k!online via malaysiatime.me

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*