Amanat Terakhir Dari TanSri MuhyiddinYassin Ini Buat Ramai Rasa Sebak

KUALA LUMPUR: “Saya mungkin Perdana Menteri paling pendek memegang jawatan, tetapi saya kira telah buat apa yang difikirkan perlu untuk menyelamatkan n.yawa, rakyat jelata, tentukan mereka ada makanan di atas meja dan n.yawa mereka selamat.”

Itu antara amanat terakhir disampaikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perjumpaan dengan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) di pejabatnya, hari ini.

Dalam video berdurasi 24 minit yang dikongsikan Muhyiddin menerusi Facebook itu, beliau berkata, walaupun menerajui kepemimpinan negara dalam tempoh paling singkat, tugas yang dipikulnya agak luar biasa kerana perlu berperang dengan p.andemik C0VID 19.

“Dalam setahun atau lebih 17 bulan ini tugas dan tanggungjawab yang saya terpaksa pikul agak luar biasa, ia tempoh yang amat s.ukar dan belum pernah terjadi sebelum ini.

“Namun, kerana ia adalah satu amanah, kita cuba untuk buat yang terbaik untuk negara,” katanya.
Muhyiddin berkata, peletakan jawatannya bukan bermakna perjuangan untuk rakyat berakhir begitu sahaja, beliau tidak menolak kemungkinan akan kembali menerajui kepimpinan negara.

“Waktu saya dit.endang (dip.ecat) oleh Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri ketika itu), saya tak ambil banyak masa untuk kemas pejabat, cuma ambil satu novel diberikan oleh kawan.

“Saya tak ada sebarang r.ahsia di dalam laci, surat r.ahsia, tidak ada. Sebab saya tahu saya tak patut buat perkara yang s.alah. Jadi inilah kehidupan, apa yang berada di atas, boleh turun ke bawah, tetapi apa yang berada di bawah, Insya-Allah akan kembali semula,” katanya sambil diiringi tepukan oleh kakitangan JPM.

Menegaskan pendiriannya, Muhyiddin berkata, beliau istiqamah untuk menolak unsur penye.lewengan seperti r.asuah dan mer.ompak duit rakyat.

“Soal r.asuah tak boleh (toleransi), sebab hukumnya h.aram, begitu juga orang yang mer.ompak. Sebab itu saya tegak berdiri, istiqamah atas dasar prinsip undang-undang dan hukum. Tapi ramai juga yang lupa, kerana itu saya sanggup bercakap apa yang benar, walaupun pahit.

“Nasihat saya, perjalanan kita ini, laluan sahaja untuk sampai ke jannatun naim, jadi pertimbangan kita bukan duniawi. Sebab itu bagi saya hilang jawatan PM itu duniawi, saya tak boleh bawa ke mana pun,” katanya.

Beliau turut menyangkal pandangan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan pimpinannya ga.gal menangani penularan C0VID 19.

“Pada saya, apa yang diperkatakan orang ramai bahawa (k.erajaan) tidak melakukan perkara yang sepatutnya adalah s.alah.

“Jemaah Menteri yang saya bentuk, kita siang malam (uruskan) C0VID 19, siang malam, pagi subuh tengok data. L.ockdown tak berhenti sampai sekarang kerana kita terpaksa buat begitu. Ada pihak kata ia tidak berapa berkesan tapi ia banyak selamatkan nmyawa orang ramai.

“Jadi semalam, saya p.utuskan untuk kali terakhir, bagi membuka lebih banyak sektor dan ia akan berterusan hingga akhir tahun, semua sektor emkonomi boleh dibuka,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada semua pegawai yang berkhidmat serta berpesan untuk semua penjawat awam terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: bh via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*