Anak SuIung Penyanyi Azmi Saat Dan lsteri Telah Kembali Ke Rhmatullah. Innalillah, Al Fatihah

Demikian pesanan mesej yang dikirimkan oleh penyanyi Azmi Saat kepada pengurusnya, Syahz Rahman (Syah) tentang perkembangan terkini anaknya, Khairul Afnan yang dilahirkan pada 27 September lalu.

“Alat bntuan pernafasan sudah dicabut. Kami sedang riba Afnan buat beberapa minit sehingga nafasnya yang terakhir”.

Syah, mewakili Azmi yang gagal dihubungi memberitahu, penyanyi itu kini berada di h.ospital untuk menguruskan anaknya yang mengalami msalah kesi.hatan.

“Saya sendiri belum dalam menghubungi Azmi hari ini kerana panggilan telefon tidak dijawab. Bagaimanapun Azmi ada menghantar pesanan mesej malam tadi memaklumkan keadaan keslhatan anaknya.

“Ujar Azmi, Afnan terpaksa dipakaikan alat bntuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu. Doktor syak otak Afnan tidak berfungsi sebab dia tak bergerak,” kongsi Syah sewaktu berkongsi kiriman mesej yang dikirimkan Azmi kepadanya.

Ujar pesanan mesej oleh Azmi itu lagi, sehingga esok hari ini jika anaknya masih tidak bergerak, doktor bercadang untuk melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk melihat keadaan otak bayi itu.

Terdahulu, belum pun seminggu menyambut kelahiran anak sulung selepas penantian selama 10 tahun, penyanyi Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhammad diuji selepas anak mereka, Khairul Afnan dilaporkan berada dalam keadaan tidak s.ihat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tidak sihat. Kami sedang diuji. Allah SWT mudahkan urusan kami sewaktu proses meng4ndung, tetapi sekarang Allah SWT nak uji kami.

“Allah SWT mudahkan proses bersaIin, tetapi sekarang Allah SWT nak uji kami,” ujarnya.

Kata vokalis kumpulan Caliph Buskers itu lagi, jika sebelum ini Allah SWT letakkan rasa teruja dalam hatinya bersama isteri, namun kini mereka diuji pula oleh Allah SWT.

“Itulah Allah SWT pemilik sekalian alam. Dia yang Maha merancang dan Maha mengetahui segalanya,” ujar Azmi.

Pinta pelantun lagu Hanya NamaMu itu, dia memohon kepada peminatnya untuk mendoakan kesejahteraan anaknya supaya diberikan kes.embuhan oleh Allah SWT.

“Mungkin ada antara kalian yang Allah SWT makbulkan doanya. Tolong doakan semoga Afnan sihat dan Allah SWT berikan yang terbaik buat kami. Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuanNya,” jelas Azmi.

Status Terkini

SUMBER/KREDIT : Kosmo/FB via OM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*