Anwar Jelaskan Niat Sebenar Dia Jumpa Perdana Menteri “Tak Datang Untuk Minta Jawatan”

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jawatan dalam kabinet bukanlah apa yang dikehendaki pembangkang.

Justeru, beliau berharap agar perkara itu tidak lagi menjadi isu atau diperdebatkan oleh orang ramai.

“Tidak berbangkit (jawatan ketua pembangkang dalam kabinet) dan saya pun tidak berminat.

“Saya tidak mahu itu dijadikan isu. Sejak awal kita kata, kita tidak datang untuk meminta jawatan,”

Ujar Anwar selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Rabu petang.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita sama ada terdapat tawaran jawatan untuk Ketua Pembangkang dalam kabinet baharu yang bakal diumum tidak lama lagi.

Jelas Anwar lagi, apa yang paling penting dan diutamakan pada masa ini adalah soal ekonomi rakyat serta pandemik CVlD-19.

Anwar yang juga Presiden PKR bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri kira-kira satu jam bermula pukul 2 petang.

“Kita tak akan persulitkan” – Anwar jamin suhu politik stabil dengan syarat selepas jumpa PM

PAKATAN Harapan sedia membantu menstabilkan suhu politik jika kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat menangani isu CVlD-19 dengan baik dan memberi tumpuan terhadap program pro-rakyat.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan dengan perdana menteri di Putrajaya pada petang Rabu merupakan satu permulaan yang baik.

“Kita dijemput oleh perdana menteri untuk mengadakan pertemuan selama lebih sejam.

“Kita kemukakan tentang menangani permasalahan CVlD-19 yang lebih berkesan dan program pro-rakyat yang lebih menyentuh kepada permasalahan golongan miskin dan kehilangan pekerjaan.

“Itu yang kami tekankan sebagai (perkara) asas,”

Kata Anwar Ibrahim kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Pejabat Perdana Menteri.

Antara lain yang dibincangkan termasuklah hal ekonomi dan moratorium. (Foto: Pejabat Perdana Menteri)

Beliau juga memberi jaminan bahawa keadaan politik akan lebih terkawal jika kedua-dua perkara itu dapat diterjemahkan dengan baik oleh kerajaan.

“Untuk mententeramkan keadaan dan mengurangkan suhu politik, itu yang kami kemukakan sebagai keutamaan,” katanya.

Mengenai undi percaya di Dewan rakyat bagi menentukan keabsahan perdana menteri, Anwar berkata pembangkang tidak akan mempersulitkannya jika apa yang dilakukan kerajaan adalah pro-rakyat.

Anwar berkata, antara lain yang dibincangkan termasuklah hal ekonomi dan moratorium yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu pula bercakap tentang kesan parah CVlD-19 di beberapa kawasan serta kaedah lama untuk menanganinya yang perlu diubah.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDITsatkobaviral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*