Asri Janggut Tampil Mohon Maaf Sebab Terlepas Kata Polis, ATM Tidak Jaga Solat Dan Merokok

SHAH ALAM – Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid hari ini tampil memohon maaf di atas keterlanjuran beliau sebelum ini yang mendakwa kebanyakan mereka yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.

Permohonan tersebut dibuat susulan rakaman video sidang medianya yang mendapat pelbagai respons daripada warganet yang menyatakan bahawa ia suatu tindakan tidak berasas dan satu bentuk fitnah.

” Bismillah. Assalamualaikum semua, saya memohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran saya. Saya benar-benar rasa bersalah atas perkara yang berlaku.

” Saya akui kesilapan saya ini. Maafkan saya atas kejahilan saya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang turut membidas kenyataan Mohd Asri atau dikenali sebagai Asri Janggut itu.

Bagi Musa, ramai Muslim berpakaian seperti alim, zuhud dan sungguh bertakwa tetapi memperlihatkan riak apabila membuat tuduhan terhadap tentera dan polis beragama Islam tidak taat kepada perintah ALLAH.

” Ia tidak melihatkan peribadi sebagai seseorang yang berilmu,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*